Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, December 31, 2007

My Opinion


Tahun baru budaya lama

Sambutan Tahun Baru 2008 bermula malam ini. Dataran Merdeka dipenuhi anak muda terkinja-kinja macam monyet, menari berpasang-pasangan atau beramai-ramai sampai larut malam. Bukan sekadar itu maruah diri digadai dengan hubungan seks bebas dengan pasangan masing-masing.

Esok ditemui tin arak, coli dan seluar dalam berselerak di tempat pesta tahun baru berkenaan, menandakan ramainya manusia rosak khususnya muda mudi Melayu dengan sambutan yang tidak berfaedah itu.

Televisyen (TV) mengadakan pertunjukkan khas dengan menjemput artis-artis popular tanah air mengadakan persembahan kononnya untuk memeriahkan lagi pesta sambutan membuang masa itu.

Orang Melayu dilalaikan begitu rupa sehingga masalah sebenar mereka tidak lagi diberi perhatian serius. Setiap program besar diadakan oeh Kerajaan Barisan Nasional (BN), parti itu tidak lupa untuk mengadakan konsert hiburan dengan menjemput artis-artis dalam dan luar negeri kononnya tidak lengkap tanpa konsert seumpama itu.

Sambutan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air (Heritage Front Water City) tidak lekang dengan konsert seumpama itu. Ia akan diadakan di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu.

Ramailah yang ingin berpoya-poya di majlis seumpama itu terutama mereka yang tidak kisah siapa yang memerintah negara, asalkan sahaja orang Melayu memerintah, terserahlah kepada parti terbabit untuk mentadbir negeri atau negara.

Sikap seperti inilah sebenarnya telah memusnahkan Palestin sehingga terus dijajah Israel. Penduduk Palestin asalnya tidak mengira siapa saja bangsa Arab memerintah negara itu, mereka tidak ambil tahu dan memandang penting dalam hal ini, asalkan mereka mendapat wang dan kemewahan walaupun dari orang Yahudi.

Yahudi mula bertapak di Palestin selepas penduduk Palesti tidak kisah siapa sahaja mahu membeli tanah mereka. Meraka sanggup menjual tanah bagi mendapatkan kesenangan sementara waktu.

Akhirnya peribumi Palestin dihalau dari tanah air mereka dengan paksa dan keganasan termasuk pembunuhan oleh Yahudi yang tidak pernah kenal perikemanusian kepada umat Islam.

Bunga-bunga perangai Yahudi itu mula diamalkan oleh Umno dengan menghalau bangsa Melayu ke pinggir-pinggir kota atas nama pembangunan.

Pembangunan yang sangat ketara untuk memberi projek kepada kuncu-kuncu Umno dan mengkayakan mereka dalam masa sekelip mata terus mengancam terlaksananya pengagihan kekayaan yang saksama dan menghapuskan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin di kalangan rakyat.

Banyak bukti menujukkan pemimpin Umno bertanggungjawab membahagi-bahagikan projek seperti cerita filem Ali Baba dengan 40 Penyamun arahan P. Ramlee membahagi-bahagikan harta sesama mereka.

Rakyat digula-gulakan dengan projek pembangunan yang bukan untuk dikecapi mereka tetapi hanya untuk ditonton sedangkan tempat tinggal mereka terancam. Mereka terpaksa mengelurakan belanja yang besar untuk membina semula kediaman mereka selepas dirobohkan ketika kos pembinaan begitu mahal akibat dari kerajaan tidak mengawal kenaikan harga barang sehingga harga bahan binaan naik tinggi melambung.

Inikah harga sebuah pembangunan yang memaksa rakyat mengorbankan hak milik atau tanah air mereka untuk kepentingan memberi kekayaan kepada pemimpin-pemimpin Umno dan kontraktor yang berada di sekeliling pinggang mereka?

Apa yang dirasai Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kelemahan orang Melayu memang wajar diberi perhatian. Faktor penting ialah orang Melayu tidak akan maju buat selama-lamanya dalam erti kata sebenarnya jika mereka tidak letakkan Islam di tempat yang sewajarnya.


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mendakwa dalam ucapan sempena tahun baru berkata masalah jurang ini dan masalah negara lain tidak boleh diselesaikan dengan demonstrasi jalanan.

Bilakah Umno bersikap terbuka, jujur dan ikhlas mengatasi masalah negara?

Umno tidak pernah jujur dan ikhlas menyelesaikan semua masalah negara termasuk berpolitik dan bermedia kerana Umno mahu parti itu menjadi dominan memerintah negara sebagai parti teras BN.

Umno begitu takut jika PAS dan parti melayu lain seperti Parti Keadilan Rakyat menang dan berpengaruh dalam masyarakat. Pemimpin itu terus menerus memancakkan wacana, dakyah dan kempen mereka untuk terus memerintah dengan mencipta dan merubah slogan lama kepada slogan baru termasuk Wawasan 2020 kepada Wawasan 2057.

Jadi alangkah kotornya permainan politik Umno ini menggunakan apa sahaja slogan muluk-muluk untuk mengelabui mata rakyat bagi terus kekal memerintah negara ini. Ingat, tidak ada kerajaan yang boleh menongkat langit hatta kerajaan besar seperti Firaun sekalipun.

Jutesru, apa yang perlu ialah kembali ke pangkal jalan, menyelesaikan masalah rakyat dan negara dengan jujur bukan sekadar retorik semata-mata.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising