
Serentak itu satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu sejurus selepas perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu jam 1.30 tengahari tadi.
Azman dipercayai diseksa dalam tahanan untuk memaksa beliau mengaku salah apabila berada di luar kawasan kepongan polis di sekitar Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, 8 September lalu.
Beliau dan Suwandi Abdul Ghani, 38 terkena tembakan rambang polis dalam Tragedi Berdarah di Batu Burok, Kuala Terengganu itu.
Ramai berpendapat tindakan tidak membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin sebagai suatu yang tidak patut.
Ini kerana mereka terkena tembakan tetapi mereka didakwa di mahkamahdan ditahan di penjara.
"Bukan mereka yang menembak, tetapi mereka ditembak," kata seorang pimpinan Muslimat PAS Terengganu," Safinah Jusoh ketika berucap di perkarangan mahkamah berkenaan.
P/S: Saya sedang memperoses untuk menerbitkan video demo depan bangunan mahkamah Kuala Terengganu dari sekarang. Sila tunggu terbitannya nanti dan akan disiarkannya dalam blog kesayangan kita ini. Tolong bantu saya termasuk untuk cari dana bagi semua projek untuk rakyat ini.







