Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, December 29, 2007

Parti Disco Sempena Bandaraya Kuala Terengganu

‘Berita Baik’ kepada pencinta-pencinta hiburan tanpa batasan. Ada pihak anjurkan Parti Disco sempena countdown 2008 31 Disember ini di Tuanku Mizan Golf dan Country Club di KualaIbai, Kuala Terengganu. Betapa kurang ajarnya pihak tersebut. Mereka tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam di Terengganu ini.

Di bawah ini keratan publisiti yang diedarkan.

new-year-evw-party.jpg

Agaknya bagaimana program sebegini boleh dianjurkan di Terengganu? Inilah hadiah ajaran Islam Had hari yang diwarwarkan selama ini.

Bayangkan pada malam tersebut, Program ini dianjurkan sempena menyambut tahun baru dan berkebetulan juga dengan Majlis Pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Dalam Sinar Harian Rabu 26 Disember ada menyebutkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk sambutan pengisytiharan bandaraya tersebut berjumlah RM10JUTA!!! Lihatlah pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional tanpa mempedulikan rakyat Terengganu yang miskin.

Kami pemuda-pemuda bimbang sekiranya maksiat menjelang tahun baru makin berleluasa dan tidak mungkin dibendung lagi, takut-takut nanti, dengan kemurkaan Allah, diturunkanNya Bala seperti Tsunami dan seumpamanya. Bukan niat kami mahu meminta bala, tetapi memberi AMARAN kepada golongan yang lupakan Kebesaran dan kemurkaan Allah terhadap hamba-hambaNya yang melakukan maksiat dan kemunkaran.

Lebih-lebih lagi program ini dianjurkan di Premis yang menggunakan nama Tuanku Mizan (yang sekarang ini Yang Di Pertuan Agong Malaysia). YDPA Sultan Mizan dan Permaisurinya pula baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadah Haji. Ini merupakan suatu penghinaan kepada YDPA Sultan Mizan yang menjadi Ketua Tertinggi bagi agama Islam, agama persekutuan Malaysia.

My Story


Curi motor pakai lori di Terengganu


"Sekarang curi motosikal pakai angkut dengan lori di kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah," kata rakan niaga saya, Zul (bukan nama sebenar) ketika berbual di sebuah kedai kopi di Pulau Duyong Kuala Terengganu.


"Kereta saya alternat (saya belum pasti maksud perkataan itu), saya terpaksa guna motorsikal untuk ke hospital. Atuk saya nazak saya terpaksa tunggu dia di hospital lepas ini," jelasnya.


Dalam berbual-bual itu kelihatan rakan saya, Fauzi (bukan nama sebenar) bercakap guna telefon bimbitnya. Agak serius juga cakapnya itu. Selesai sahaja, dia kata Van Vannet buruknya kena curi dekat rumahnya di Gong Badak Kuala Terengganu.


Dia mengaku salahnya kerana tingalkan anak kunci dalam van itu. Katanya, biasa dia buat demikian sejak lama dulu.


"Buat repor polislah," nasihat saya.


"Tolong bayar ya Zul," kemudian Fauzi beredar dari kedai kopi berkenaan. Selepas makan minum kami dibayar oleh Zul dalam RM4.50 sahaja, kami pun beredar.


Saya ke tempat anak dan isteri saya berniaga. Saya ceritakan kepada mereka kecurian itu berlaku.


"Sabitpun nampak Cek Yah isteri Fauzi itu sibuk sangat telefon." kata isteri saya. Tempat Fauzi berniaga tidak jauh dari tempat saya berniaga di Pulau Duyong itu.


Depan Kiosk Majlis Perbandaran Pulau Duyong itu saja. Itu pun terpaksa berperang dengan seorang peniaga tolol yang nak tunjuk samseng di situ. Dia buat hal dengan banyak orang.


Kami tidak jumpa Cek Yah kerana masa suntuk. Waktu berniag asudah habis, jam sudah 9.30 malam. Kami terpaksa beredar pulang. Banyak hal lagi saya terpaksa buat. Anak-anak nak balik ke Universiti esok.


Tentang perniagaan pasar malam saya? Al-hamdulillah Allah bagi dapatlah RM200 semalam berniaga di Pulau Duyong itu.


Namun saya ingat berniaga di situ bukan untuk cover semua kos hidup saya yang besar. Sekadar cukup makan saja.


Saya kini sedang berikhtiar dan tidak akan mengalah berusaha selagi ada hayat saya mencari rezeki Allah. Saya sedang berikhtiar berniaga melalui internet. Jika diizinkan saya akan berjaya mencapai jutawan internet sedikit masa lagi.


Saya akan sentiasa berkongsi pengalaman dengan anda tentang perniagaan saya di Internet dan di pasar malam dengan syarat anda janganlah jemu melawat blog saya ini.


Kalau sudi tolonglah jadikan diri anda down line saya kepada banyak program internet yang saya sediakan termasuk programe affilate, Agloco, Cash Crate, Tak Perlu Kerja, Google Ads dan lain-lain lagi.


Sila anda surf sendiri di banner-banner yang saya sediakan. Kebanyakan program, tidak perlu kepada bayaran anda sesenpun.


Saya tolong anda dan anda pula sudilah apa kiranya menolong saya.


Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog ini dari semasa ke semasa. Saya ada hasrat untuk panggil anda dalam satu majlis di masa akan datang.


Tetapi saya tidak boleh tetapkan tarikhnya atau berjanji lagi buat masa ini bilakah masa sesuai untuk berbuat demikian.


Saya berharapkan doa anda dan bantu saya dalam kerjaya mulia ini dan saya doakan semoga Allah menolong saudara-saudari sekalian.


Terima kasih

You Are My Business.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising