Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, December 26, 2007

Pengumuman

Saya mahu jadikan blog ini satu komuniti awam dan saya sedang merancang untuk merealisasikan cita-cita murni ini mulai sekarang.


Pertamanya: Saya akan mewujudkan forum perbahasan isu-isu tertentu yang hangat diperkatakan masyarakat sama ada politik atau bukan politik.


Saya akan mulakan nanti dengan meletakkan satu tajuk khas dalam blog ini untuk diperbahaskan dengan meminta pengunjung membahaskannya dan menulisnya dalam komentar dengan disertai nama, alamat, nombor dan gambar untuk disiarkan dalam blog ini.


Jangan bimbang sekiranya pemberi komentar tidak bersedia untuk mendedahkan dirinya saya tidak akan dedahkannya dalam blog ini. Ia hanya sebagai maklumat saya sahaja. Saya pastikan forum berkenaan tidak bias kepada mana-mana pihak.


Anda berpotensi untuk menyertai forum berkenaan. Justeru segala latar belakang anda perlu dihantar ke e-mail saya seramaesty@yahoo.com atau SMS kepada 60139060111 (Telephone bimbit saya).


Saya bertanggungjawab dan berhak untuk menyunting tulisan atau komen yang diberikan nanti supaya ia padat dan mudah difaham.


Saya hadkan komen yang diberikan itu jangan melebihi 1,000 perkataan dengan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Komentar yang dibuat dalam ruang yang disediakan di blog ini akan di uploadkan dalam forum berkenaan dan saya berikan tempoh seminggu untuk diperbahaskan setiap tajuk yang diberikan.


Kedua: Saya berhasrat untuk mewujudkan satu kolum istimewa yang berkait dengan hobi seseorang, tidak kira apa sahaja hobi selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara.


Sebelum ini saya bercita-cita untuk menerbitkan sebuah majalah berkait dengan hobi ini tetapi ia masih belum menjadi kenyataan.


Bagaimanapun ia pasti akan menjadi kenyataan selepas ini apabila anda menghantar sendiri bahan itu kepada saya berserta dengan gambar sama ada still (sekurang-kurangnya tiga snap(keping) untuk saya buat pilihan) atau video (dalam format mpeg tidak melebihi 10 minit).


Artikel berkait dengan hobi itu perlu ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepanjang tidak melebihi 1,000 perkataan. Artikel berkenaan perlu ditulis dengan lengkap menggunakan Newskey (What, Who, When, Where and How (4W 1H).


Kos untuk projek ini saya memerlukan RM5 juta setahun kerana saya berhasrat untuk upgrade dari semasa ke semasa sehingga ke peringkat Live Forum dan disiarkan secara langsung dalam blog ini.


Blog ini akan dikemaskini dan Design dengan lebih sistematik di masa akan datang. Projek ini akan dijalankan segera jika memperolehi kewangan yang mencukupi.


Anda akan diberi kemudahan untuk mengiklankan produk anda dalam blog ini selama setahun atau lebih jika anda membiayai projek ini secara berterusan.


Sebagai makluman, blog ini pernah dikunjungi 4,000 orang sehari dan paling rendah 100 orang sehari. Projek ini juga bertujuan untuk tinggikan hit kunjungan tersebut bagi memberi peluang pengunjung membeli produk anda melalui blog ini.


Ketiga: saya juga menjalankan perkhidmatan video koperat sama ada untuk pengiklanan, video klip, sidang video, penerbitan, event, simpanan peribadi, arkib, majlis perkahwinan, kenduri kendara dan sebagainya.


Saya juga berkebolehan untuk menyunting video, menyediakan skrip video dan dokumentari TV atau video bila-bila masa diperlukan dengan bayaran berpatutan.


Keempat: saya bersedia untuk menjadi perunding mana-mana syarikat penerbitan sama ada akhbar dan broadcast kerana saya mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang journalist termasuk broadcasting journalist.

Saya kini menunggu anda untuk mengiklankan produk dalam blog ini dengan bayaran berpatutan. Sila hantarkan banner anda kepada saya bersaiz 468 X 60 dalam format HTML ke e-mail saya untuk tujuan berkenaan.

Saya akan berunding dengan anda jika anda sudi berbuat demikian.

Sila hubungi saya melalui handset 60139060111 atau e-mail seramaesty@yahoo.com

Terima kasih atas kerjasama anda.


ANDA TETAMU SAYA BUAT SELAMA-LAMANYA

AND YOU ARE MY BUSINESS

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising