Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, December 24, 2007

Santa Claus menjurus ke arah Murtad


Hari ini saya makan rojak bersendirian di sebuah restoran berhampiran Plaza Perdana Kuala Terengganu. Ada beberapa pelanggan restoran berkenaan berbual-bual tentang Santa Claus di bandar itu. Mereka kata ada Santa Claus bawa hadiah dengan menunggang basikal masuk bandar, jumpa orang ramai dan bagi hadiah kepada mereka. Itu kata mereka.

Yang saya jumpa Santa Claus yang muda-muda berjalan kaki beramai-ramai di hadapan Stesyen Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.

Bagaimanapun pelanggan restoran berkenaan tidak begitu serius sangat bercakap tentang itu, macam bergurau saja. Tetapi itu sudah menjadi topik perbualan baru di Kuala Terengganu sejak bandar itu akan diisytiharkan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Sejak budaya baru masuk ke Pulau Duyong iaitulah Monsoon Cup dengan anak gadis Melayu berpakaian ala Hawai setiap hari Isnin, ada gerombolan Santa Claus dari sana masuk bandar Kuala Terengganu bawa hadiah.

Kebetulan pula esok hari Krismas. Sejak beberapa hari lalu Santa Claus memang bermaharajalela dalam bandar ini. Saya nafikan sekeras-kerasnya Santa Claus ini tidak ada kaitan langsung dengan kebudayaan orang Kristian.

Saya jelaskan sekali lagi bahawa orang Melayu bernama Islam membabitkan diri dengan kumpulan berkenaan sekaligus kesesatan Islam Hadhari memungkinkan semua itu berlaku.

Ini gerakan halus misionari Kristian untuk memikat masyarakat negeri Terengganu melalui pendekatan kebajikan.

Memang itulah jalan yang dipilih oleh gerakan Kristian di mana-mana tempat sekalipun. Mereka bertemu orang ramai untuk mengajak mereka memeluk Kristian secara halus.

Mereka bertemu dengan orang miskin di Sabah dan Sarawak dan orang asli di pendalaman semenanjung bagi tujuan itu.

Mereka memberi wang kepada orang miskin dan memikat mereka untuk memeluk Kristian. Mereka tidak gemar bertembong dengan pendakwah Islam atau berbahas secara jujur tentang kebenaran dengan pendakwah-pendakwah Islam kerana mereka yakin mereka akan kecundang bila berdepan dengan kebenaran Islam.

Semua itu berkembang sejak lama dan akan terus berkembang gerakan Kristian ini bila Barisan Nasional (BN) tidak kisah dengan kejadian murtad berlaku di kalangan orang Islam apabila sudah ramai orang Islam keluar agama Islam masuk Kristian.

Bumiputera Kristian Sabah dan Sarawak mendominasi peratusan composisi masyarakat Kristian di Malaysia. Sabah dan Sarawak menyumbang lebih 60 peratus populasi Kristian di negara ini. Gereja SIB sendiri dengan anggota lebih 500,000 orang adalah antara gereja dengan anggota teramai di Asia Tenggara.

Jelas gerakan ini berkembangan akibat dari dasar negara yang terlalu memberi kebebasan kepada mana-mana agama lain dari Islam menjalankan aktiviti mereka termasuk memurtadkan orang Islam.

Kira-kira 100 ribu orang. Itu jumlah yang didedahkan Mufti Perak mengenai umat Islam negara ini yang murtad. Menurut Datuk Seri Harussani Zakaria, seorang wanita bergelar ustazah mengetuai kumpulan ribuan yang murtad itu.

Tambahnya kumpulan murtad itu turut mendapat perhatian daripada beberapa pihak di Amerika Syarikat (AS) apabila mereka mendakwa ditindas umat Islam di negara ini kerana menukar agama.

"JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan yang dikemukakan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengenai lebih 120,000 orang Islam murtad kerana sumber mengenai dakwaan itu tidak boleh dipercayai.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Mat Zain, berkata berdasarkan kajian Jakim, dakwaan Mufti Perak itu tidak tepat kerana ia berdasarkan kepada sumber rujukan yang tidak boleh dipertanggungjawabkan seperti daripada internet dan laman web musuh Islam" Berita Harian - 22 Ogos 2006.


Apa yang saya kesalkan di sini ialah pihak Jakim melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Mat Zain dilihat hanya berminat untuk mempertikaikan dan menafikan angka-angka atau fakta yang dikemukakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harusani Zakaria tanpa mahu mengambil tindakan yang berkesan dalam usaha menangani permasalahan murtad yang sebenarnya semakin serius di negara ini.

Adakah Menteri yang jaga Jakim ini hendak mengatakan bahawa masalah murtad di Malaysia tidak serius, tidak membimbangkan?

Adakah Dato' Dr Abdullah Mat Zain juga sependapat dengan bekas menteri di jabatan perdana menteri dahulu bahawa bilangan orang Islam yang murtad di negara ini telah diimbangi oleh bilangan orang bukan Islam yang memeluk Islam?

Laman yang dikendalikan oleh web musuh Islam yang disentuh oleh menteri di jabatan perdana menteri itu juga membuktikan bahawa gerakan memurtadkan umat Islam sedang berjalan dengan pesat di Malaysia.

Memang tidak dinafikan bahawa tidak kurang ramainya juga saudara-saudara baru yang memeluk Islam di negara kita, namun begitu mengambil perumpamaan kita sebagai ibu atau bapa yang baru kematian anak, adakah dengan lahirnya seorang lagi anak boleh mengubat kesedihan kita atas kematian anak yang selama ini kita sayang dan pelihara hingga meningkat dewasa?

Di sini saya tertarik dengan kenyataan oleh seorang pimpinan bahawa gejala murtad ini jangankan seratus ribu, jika ada seorang murtad pun ianya sudah dikira bahaya bagi umat Islam di Malaysia ini.

Bagi saya jika sudah sampai tahap pengisytiharan murtad itu sudah berani dilakukan secara terang-terangan di mahkamah maka ianya bolehlah dikatakan pada tahap yang bahaya kerana mereka ini berani menyatakan murtad mereka di khalayak ramai tanpa rasa takut akan ancaman dan saya percaya perkara sebegini tidak akan berani dilakukan jika terlaksananya hukum bunuh terhadap mereka yang murtad.

Sepatutnya sebagai menteri yang diamanahkan untuk menjaga Islam beliau harus mengambil langkah-langkah perlu bagi membenteras gejala murtad ini terutamanya melalui perlaksanaan undang-undang yang telah ditetapkan oleh al Quran. Tidak setakat itu, perkara-perkara yang membawa kepada penyuburan gejala murtad seperti budaya hedonisme, fahaman liberalisme dan sebagainya juga harus disekat oleh kerajaan yang mempunyai autoriti untuk berbuat demikian.

Jangan tunggu sampai anak kepada menteri berkenaan didapati murtad baru hendak bertindak.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising