Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, December 23, 2007

Debat Islam-Kristian



Hari ini saya mahu sambung perbahasan mengenai Santa Claus dan kenyataan seorang yang berdebat fasal ajaran Kristian. Saya lebih suka beliau menzahirkan dirinya untuk mengetahui siapa sebenarnya diri beliau. Saya sudah minta beliau kirimkan profil sebenar dirinya. Namun setakat ini beliau masih enggan berbuat demikian.


Komentar seterusnya seperti berikut:

"sebab memang ROH TUHAN itu betul2 mengasihi..bukan hanya retorik sahaja..cuba.."

Allah tidak mempunyai roh. Allah ada Zat, Sifat, Asma' (nama-nama) dan Af'al (perbuatan). Roh yang dimaksudkan dalam ayat ialah roh Nabi Isa a.s. sebagaimana roh-roh nabi-nabi yang lain.

Keistimewaan Roh Nabi Isa a.s. sama dengan roh nabi-nabi yang lain. Dia dimasukkan ke dalam perut Mariam a.s. tanpa ayah. Itu kekuasaan Allah sebagaimana dia mencipta Hawa dari tulang rusuk Adam a.s. tanpa ibu. Mencipta Adam a.s. dari tanah tanpa ibu dan ayah.

Ini jelas dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud;
"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, `Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara." (Surah al-Nisa": 171)

Sebagaimana disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya bahawa yang dimaksud,
"dan (dengan tiupan) roh dari-Nya," ialah dimasukkan roh dalam jasad Isa a.s. yang berada dalam rahim Mariam a.s. tanpa ayah itu dengan perintah Allah kepada Malaikat Jibrail a.s. supaya Jibrail berbuat demikian.

Yang dimaksudkan dengan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya itu ialah diciptakan Isa a.s. sebagai manusia dengan perintah "Kun Fayakun" sebagaimana firman-Nya yang bermaksud,
"Dia-lah (Allah) yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia." (Surah al-Mu'min: 68)

Menjawab persoalan seterusnya: "saya pun sangat hairan islam sangat membenci org kristian..pantang mendengar atau melihat simbol yg ada kaitan dengan kristian,, mulanya org islam seprti cacing dalam lubang tanah kepanasan.."

Sebagai menjawabnya, kami orang Islam bukan membenci batang tubuh orang Keristian tetapi kami tetap mengatakan bahawa Islam adalah Din yang sebenar yang diredhai Allah bukan ajaran lain sebagaimana terkandung dalam ayat al-Quran sebelum ini.

Islam mempunyai cara atau budaya hidupnya sendiri yang lengkap dan sempurna sehingga tidak perlu meniru gaya hidup penganut agama lain sebagaimana al-Quran menjelaskannya yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah (hayatilah) Islam itu seluruhnya (Kaaffah) dan jangan kamu ikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya ia merupakan musuh kamu yang nyata." (Surah Al-Baqarah: 208)

Justeru yang penting setiap yang benar datang dari Allah dan jangan kamu meraguinya sebagaimana dinyatakan al-Quran yang bermaksud;

"Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu (wahai Muhammad) dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Qur'an itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu." (Surah al-An'am:114)

Saya akan sambung komentar seterusnya dalam artikel akan datang.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising