Saya serta keluarga mengucapkan selamat hari raya qurban kepada semua rakan-rakan blogger di kalangan umat Islam.
Hari raya ini biarlah minda kita menfokuskan untuk melihat dunia seluruhnya berubah. Dengan kesepaduan aqidah dan keyakinan kita terhadap Islam, umat ini mampu menangani segala isu yang timbul terutama yang berkaitan dengan Islam dan perjuangannya yang memerlukan pengorbanan dan komitmen berterusan dari pejuang-pejuangnya.
Islam bukan menghalang kemajuan dan ketamaddunan manusia dalam erti kata sebenarnya. Bahkan Islamlah perlopor kemajuan dunia dan ketamaddunan insaniah yang tidak ternilai harganya yang cuba dinafikan Barat selama ini.
Justeru mengapa penduduk dunia lupa segala-galanya dan mengapa mereka tidak kembali semula kepada ketulinan tamaddun dan kemajuan manusia dalam semua aspek termasuk material yang diigaukan mereka selama ini?
Oleh kerana tidak kembalinya mereka kepada ketulinan tamaddun manusia maka segala tindak tanduk mereka tersasar jauh dan membinasakan mereka sendiri.
Justru marilah semua pihak akur dan kembali kepada asas kejadian manusia sebenar untuk pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada rabbul jalil, Allah Tuhan semesta alam.
Allha Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Suhaimi Taib