Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, December 17, 2007

Debat isu Santa Claus


Hari ini saya menerima satu e-mail dari seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Lattie Jambu yang menyentuh soal Islam dan Kristian sebagaimana berikut:-

"Hi shalom, damai bagimu saudara yg dikasihi,
saya bersukur kerana saudara berminat dan sangat prihatin ttng umat islam supaya menjauhkan diri dari unsur2 kristian, boleh saya bertanya? darimana atau daripada siapa dimana artikel atau dalam muka surat berapa saudara ada berjumpa yg santa klaus itu adalah kristian dan kristian adalah santa klaus?..

kebanyakan org kita ini suka membuat kesimpulan dahulu sebelum menyelidiki sesuatu secara dalam,,ini disebabkan didalam diri org malaysia terutama melayu islam penuh dengan prejudis,syak wasangka , selfish..hanya beranggap kita sahaja yg benar dan betul.. yang lain itu najis dan palsu..cuba kaji dengan akal serta minda yg terbuka serta fikiran yg waras org yg membawa agama islam kaji latar belakang buydaya arab dahulu jgn ikut melulu..

ciri2 iblis adalah dia sangat selfish pentingkan diri, jaga sombong, ego , tidak pemaaf, inilah yg terdapa dalam agama saudara..serta hindu,, contoh ,laungkan azan kuat2 begitu juga hindu sanggup mati demi dewanya..sama juga dengan budha sanggup membunuh jika ada salah faham..tapi bagi org kristian alkitab berkata,," kasihilah musuhmu seprti mana kamu mengasihi kamu sendiri,,( siapa tak sayang nyawa sendiri?)...kerana itu org kritian yg tulin jrang sekali mau membalas atau membidas org yg memusuhi mereka..sebab memang ROH TUHAN itu betul2 mengasihi..bukan hanya retorik sahaja..cuba..

saya pun sangat hairan islam sangat membenci org kristian..pantang mendengar atau melihat simbol yg ada kaitan dengan kristian,, mulanya org islam seprti cacing dalam lubang tanah kepanasan..

Kalau saudara melihat org barat jangan sekali cepat membuat kesimpulan yg mereka itu adalah kristian, kita sering kali beranggapan bila org sebut barat . automatik dalam benak akal fikiran kita yg mereka itu dalah kristian itu sangat dangkal..serta pendek akal...dan juga jika saudara melihat org yg menggelar diri kristian tetapi mengamalkan minum alkohol, merokok , bercakap kurang sopan berkelakuan tak senonoh itu bukan kristian tetapi kristian munafik, syaitanlah bapa mereka..
ok lah sauadara hanya itu yg dapat saya terangkan untuk kali ini. kalau mau tau lebih lanjut ttng berita keselamatan serta apakah kristian itu sebenarnya silakan saya dengan besar hati tolong jawab kemuskilan saudara.

sekian

Hamba Tuhan semesta alam

singapore"


Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh beliau yang saya tidak kenali latar belakangnya ingin nyatakan di sini secara terus terang.

Pertamanya bagi membalas kenyataan beliau seperti berikut:- "saya bersukur kerana saudara berminat dan sangat prihatin ttng umat islam supaya menjauhkan diri dari unsur2 kristian," saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana keyakinan anda ini.

Islam memang menggalakkan bahkan mewajibkan umatnya mengambiltahu tentang urusan kehidupan bermasyakat umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud, "sesiapa yang tidak mementingkan (tidak mengambiltahu) tentang urusan orang Islam maka dia bukan dari kalangan mereka."

Keduanya,
beliau menimbulkan satu pertanyaan begini: "dari mana awak mengetahui tentang Santa Claus atau daripada siapa, di mana artikel atau dalam muka surat berapa saudara ada berjumpa yang Santa Claus itu adalah Kristian dan Kristian adalah Santa Claus?"

Sila anda semak semula apa yang saya tulis tentang sepintas lalu mengenai Santa Claus. Saya sebut begini: Santa Claus itu budaya apa? Adakah itu budaya orang Islam? Semua orang tahu ia adalah budaya Kristian, timbul kegiatan itu ketika tiba musim perayaan Krismas setiap tahun di mana sahaja di negara Malaysia yang dikatakan bermasyarakat majmuk ini.

Saya tidaklah mengetahui secara mendalam mengenai siapa Santa Claus sebenarnya menurut pandangan orang yang beragama Kristian. Cukuplah saya sebagai penganut agama Islam mempercayai bahawa Santa Claus adalah budaya orang Kristian. Dia berasal dari amalan atau budaya orang beragama Kristian, bukan dari amalan orang yang beragama lain khususnya orang Islam.

Islam tidak mengizinkan kami meniru apa-apa budaya dan amalan orang agama lain kerana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud, "sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka bererti dia terdiri dari kaum itu."

Ertinya sesiapa sahaja dari kalangan orang Islam mengamalkan amalan budaya orang Kristian dia tergolong dari kalangan penganut agama berkenaan.

Ketiga saya ingin menjawab kenyataan ini;
"kebanyakan org kita ini suka membuat kesimpulan dahulu sebelum menyelidiki sesuatu secara dalam,,ini disebabkan didalam diri org malaysia terutama melayu islam penuh dengan prejudis,syak wasangka , selfish..hanya beranggap kita sahaja yg benar dan betul.. yang lain itu najis dan palsu."


Saya tidak bersifat prejudis terhadap penganut agama Kristian dan mana-mana agama sekalipun khususnya menyentuh insiden yang berlaku di Kuala Terengganu itu. Saya cuma mahu umat Islam perlu menyedari segala tindak-tanduk yang dilakukan mempunyai penilaian di sisi Islam sama ada boleh atau tidak boleh, harus atau tidak harus dibuat termasuk dalam hal menjadi Santa Claus itu.

Islam sudah sempurna dengan segala amalan dan budayanya tersendiri, tidak perlu diceduk dari mana-mana agama dan budaya yang diamalkan oleh mana-mana orang di dunia ini.

Al-Quran menyebut yang bermaksud, "Pada hari ini Aku (Allah) cukupkan bagi kamu Din kamu (cara hidup kamu), dan Aku telah sempurnakan bagi kamu nikmat-Ku dan Aku telah redha Islam itu sebagai cara hidup kamu." (Surah al-Maidah: 3)

Allah berfirman lagi dalam al-Quran yang bermaksud, "sesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai cara hidup maka tidak diterima amalan itu dan pada hari akhirat kelak dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran: 85)

Keempat: saya ingin menjawab kenyataan ini; .."cuba kaji dengan akal serta minda yg terbuka serta fikiran yg waras org yg membawa agama islam kaji latar belakang budaya arab dahulu jgn ikut melulu.."

Anda hendaklah memahami bahawa Arab dengan Islam bukan suatu yang sama dan selari. Begitu juga Melayu dengan Islam bukan suatu perkara yang sama. Arab, Melayu, Cina dan India adalah bangsa yang dicipta Tuhan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain bukan untuk diperjuangkan atau dijadikan satu komponen dari agama.

Al-Quran menyebut yang bermaksud, " Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Surah al-Hujurat: 13)

Kelima: beliau menyebut: "ciri2 iblis adalah dia sangat selfish pentingkan diri, sombong, ego , tidak pemaaf, inilah yg terdapat dalam agama saudara..serta hindu"....

Islam tidak sama dengan apa yang anda dakwakan kerana Islam bersifat sederhana, pentingkan kebaikan untuk semua bukan sahaja manusia tetapi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Islam melarang umatnya memotong pokok kayu yang sedang berbuah dan membunuh binatang ternakan ketika melakukan serangan ke atas sesebuah negara yang bermusuh dengan Islam.

Sementara Hindu sama dengan Kristian bukan agama yang diredhai Allah sebagaimana dinyatakan Allah dalam surah yang sebutkan terdahulu.

Lagipun apa yang saya sebut dalam artikel saya sebelum ini ialah berkaitan dengan realiti orang Melayu bernama Islam. Mereka ada yang tidak kisah apa pakaian dan budaya yang mereka hayati sama ada Islam atau sebaliknya, asalkan berkenan di hati, soal betul atau salah tidak menjadi persoalan utama.

Islam tidak demikian. Islam tidak membenarkan penganutnya mengikut agama atau cara hidup penganut agama lain sebagaimana dalil yang saya sebutkan di atas.

Atas asas ini saya tidak nampak tuduhan itu bertepatan dengan artikel yang saya tulis.

Saya akan sambung jawapan saya terhadap surat beliau pada artikel akan datang, Insya Allah.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising