Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, December 16, 2007

Santa Claus Melayu Monsoon Cup?



Hari ini saya ke Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) untuk menguruskan keperluan anak saya masuk ke universiti.

Tiba-tiba terserempak dengan satu gerombolan dikepalai seorang Santa Claus, dipercayai kakitangan sebuah kelab yang beroperasi di Pulau Duyong Kuala Terengganu.

Santa Claus yang membawa hadiah diiringi beberapa rakan-rakannya yang lain berjalan dengan sederhana menuju ke arah Pasar Payang Kuala Terengganu melalui tepi lampu isyarat yang berada berhampiran hentian tersebut. Saya tidak pasti ke mana sebenarnya destinasi mereka itu kerana saya tidaklah berhasrat untuk menyiasat aktiviti gerombolan berkenaan secara serius.

Yang saya mahu nyatakan di sini ialah saya lihat ada di kalangan kumpulan itu, mereka yang berwajah Melayu dan ada juga berwajah Cina. Yang menjadi Santa Claus itu nampak berwajah Melayu. Biasanya yang berwajah Melayu (bagi Umno) mesti beragama Islam sebab mereka dakwa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam sebagaimana selalu sahaja pemimpin mereka bercakap di hadapan khalayak ramai.

Santa Claus itu budaya apa? Adakah itu budaya orang Islam? Semua orang tahu ia adalah budaya Keristian, timbul kegiatan itu ketika tiba musim perayaan Krismas setiap tahun di mana sahaja di negara Malaysia yang dikatakan bermasyarakat majmuk ini.

Jadi dengan tersebarnya Islam Hadhari Umno, nampaknya kegiatan seumpama itu boleh dilakukan oleh semua kaum hatta orang Melayu yang didakwa beragama Islam sendiri tidak perlu permit polis atau tidak perlu dirujuk kepada Mufti untuk meluluskan dan diminta fatwanya sama ada ia bercanggah dengan hukum halal dan haram di sisi Islam ataupun sebaliknya.

Pada fikiran saya, ini satu lagi mercu tanda budaya baru di Terengganu hasil projek Monsoon Cup yang berlangsung saban tahun di pulau itu, apabila tidak menjadi masalah budaya Keristian seumpama itu di pamerkan dan dipertontonkan secara terbuka di negara ini atas dasar kebebasan beragama.

Benar, negara ini mengamalkan kebebasan beragama tetapi perlu diingat bahawa Islam adalah merupakan agama rasmi negara. Apa yang menjadi masalahnya, dengan projek berkenaan, mudah sekali pekerja-pekerja Melayu yang bernama Islam diheret untuk dakyah Keristian seumpama itu.

Tidak ada tindakan serius dan tidak ada perasaan sedikitpun di kalangan orang Islam yang bekerja dengan Kelab berkenaan berusaha untuk menghalang orang Melayu bernama Islam dari terbabit dalam apa sahaja bentuk budaya Keristian seumpama itu kerana ia pasti bertentangan dengan Islam sendiri.

Tidak menjadi masalah sekiranya yang melaksanakan aktiviti berkenaan terdiri dari orang yang beragama Keristian. Mana-mana agama atau orang tidak boleh menggangu mereka atas sebab amalan kebebasan beragama di negara ini.

Tetapi perlu dihalang sekiranya orang Melayu beragama Islam membabitkan diri dalam kegiatan seumpama itu. Saya agak bimbang dengan pekerja-pekerja Melayu yang mencari makan dengan bekerja di Kelab seumpama itu takut mereka di Kristiankan.

Ini kerana pemilik kelab berkenaan dikatakan milik orang Keristian. Sebelum ini gadis-gadis Melayu diarahkan untuk memakai pakaian ala Hawai setiap hari Isnin di sebuah restoran milik kelab itu di pulau berkenaan.

Pakaian ala Hawai di Pulau Duyong wanitanya tidak bercoli, hanya ditutup dengan kain batik nipis di bahagian dada dan terbuka di bahagian belakang. Pakaian ala wanita Hawai sebenarnya (setahu saya) ada juga colinya. Ertinya pakaian gadis restoran pulau itu lebih teruk dari wanita Hawai lagi.

Seorang penduduk pulau itu yang berjaya masuk pada hari berkenaan baru-baru ini memberitahu saya bahawa jelas kelihatan tahi-tahi lalat yang ada di belakang gadis berkenaan dan boleh dibilang dengan mudah tanpa berselindung lagi.

Ditanya kenapa mereka berpakaian berkenaan, seorang gadis Melayu Terengganu di situ menjawab, sudah terpaksa berpakaian demikian kerana di arah begitu oleh majikannya.

Ini membuktikan bahawa atas nama bekerja, mereka terpaksa membuat sesuatu yang luar dari budaya masyarakat Melayu Terengganu itu sendiri, apa lagi dengan suruhan agama Allah Yang Maha Suci.

Ini tidak termasuk terpaksa menghidangkan arak hatta seks sekalipun kepada pelanggan dengan bayaran lumayan memandangkan segala bayaran untuk mendapatkan apa-apa perkhidmatan di restoran dan resort di bawah kendalian kelab berkenaan, harganya begitu mahal.

Sebagai contoh harga bilik mencecah Rm2,000 semalam dan harga segelas air minuman tnpa alkohol mencecah RM8.00. Bayangkan berapa pula harga segelas arak di restoran yang kononnya bertaraf dunia itu, sudah pasti melebihi harga berkenaan.

Saya masih menyiasat segala kegiatan di Pulau berkenaan dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti betapa membazirnya projek Monsoon Cup dan betapa negatifnya projek tersebut terhadap moral dan pegangan aqidah anak-anak Melayu bernama Islam di kawasan terbabit.

Dari kegiatan Santa Claus, budaya pakaian ala Hawai dan mahalnya perkhidmatan di pusat pelancongan terbabit, menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu, tidak lagi menfokuskan permasalahan agama rakyat sebagai agenda terpenting pembangunan khususnya untuk menjaga dan mengawal aqidah dan moral gadis dan kaum belia negeri itu dari ancaman Keristianisasi yang dipercayai mula berkembangan di pulau tersebut.

BN hanya menumpukan soal pembangunan material melebihi segala-galanya kerana kepimpinan mereka lebih nampak wang masuk ke poket mereka lebih dari masalah agama rakyat.

Tidak ada gunanya didirikan masjid di merata negeri, sekiranya anak muda bernama Islam Terengganu mudah disesatkan dengan dakyah Keristian sebagaimana peristiwa yang baru sahaja saya lihat dengan mata lendir saya sendiri di bandar Kuala Terenganu hari ini.


Pak Lah's last Waterloo



Dear Editor,

When 28th November comes, the 3rd Monsoon Cup will once again begin in the east coast state of Trengganu. The Heritage Bay Club Marina and Resort in Pulau Duyong, Trengganu will once again become the focus of International attention as it will be hosting the final of the 10 International legs.

Once again the people of this state will be treated to an extravaganza costing about $250-$300 million. The foreign sailing fraternity will be fretted and pampered by the Monsoon cup organisers namely Patrick Lim and Khairy, the son-in-law of the P.M.

Luxurious bungalows costing few millions awaits to shower the foreign sailing dignatories with comfort and luxury that only locals could ever dream off.

For the next few days, the organisers will spare no effort to regale and entertain the mostly foreign participants. Sumptious food and drinks will be served while the local populace can only watch in awe as they bear witness how their oil money which previously ear-marked as 'wang Ehsan' was to be spent.

The rally at Batu Burok was just the awakening of the people's consciousness as to what is happening in their state. The P.M and his son-in-Law with the connivance of the local UMNOPUTRAS and cronies are in town to rip of the people of Trengganu with the annual grand Monsoon Cup.

The incident at Batu Burok was an expression of that anger and if that current state of disenchantment continues BN will suffer an ignominous defeat in the coming general election.

Sadly, history always seems to portray its past in a contradictory manner. It was in Trengganu that Pak Lah sealed a massive victory which saw him capture the state from the opposition PAS.Now it will be in Trengganu that Pak Lah will also face his waterloo. It will predictably be in Trengganu that this Islam Hadhari leader will face his most ignominous defeat and return the state to the opposition PAS.

For Pak Lah and his gang of cohorts, this will be their last monsoon Cup.

Richard Teo


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising