Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, December 15, 2007

Janji kosong BN


Setelah hampir empat tahun Barisan Nasional (BN) ditampuk kekuasaan, segala yang dijanjikan sejak awal pemerintahannya masih jauh untuk dicapai.

Sebaliknya masa semakin suntuk bagi BN untuk menunaikan janji-janji itu. sebelum ini BN mendakwa pemerintahan Barisan Alternatif (BA) pimpinan PAS di Terengganu (1999-2004) telah gagal dalam segala aspek.

Ia kononnya gagal melaksanakan pembangunan fizikal, gagal memacu perkembangan ekonomi dan gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Berbekalkan dakwaan-dakwaan tersebut, BN menawarkan berbagai janji untuk rakyat Terengganu. Kononnya, di bawah pemerintahan BN, rakyat Terengganu akan menikmati kehidupan yang senang (BN menang rakyat senang?).

Ekonomi meningkat, peluang pekerjaan bertambah, pelaburan dan perindustrian semakin rancak. Itulah antara yang dijanjikan. Kini sejauhmanakah dakwaan itu menjadi realiti?

PAS juga digambarkan tidak mengamalkan pentadbiran yang mesra. Ia tidak mesra pelabur sehingga gagal menarik pelabur asing, tidak mesra penjawat awam dan tidak mesra rakyat.

Sebuah akbar harian melaporkan Terengganu mensasarkan 25,000 peluang pekerjaan dalam masa lima tahun.

Laporan tersebut memetik kenyataan Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh yang bercakap penuh yakin bahawa kerajaan pimpinannya akan mewujudkan tidak kurang 5,000 peluang pekerjaan baru di semua sektor setiap tahun.

Benarkah sejak BN memerintah Terengganu, peluang pekerjaan sudah semakin bertambah? Apa yang kita tahu, setakat ini sudah ribuan rakyat Terengganu yang dahulunya ada pekerjaan kini terpaksa menganggur atau mencari kerja lain.

Selain daripada ratusan para pegawai lantikan politik di zaman PAS yang dipecat sesuka hati oleh BN, maka para pekerja beberapa anak syarikat Kerajaan negeri turut menerima nasib yang sama apabila syarikat mereka ditutup atau gagal beroperasi sepenuhnya.

Antaranya ialah: Hubungan Raya seramai 51 orang, Pesaka, Bukit Besi (34), Permint Plywood, Al-Muktafibillah (525), Taska YPK di Lembah Kelang (69) dan Golden Pharos (empat Senior Manager).

Sebaliknya, makin ramai yang hilang pekerjaan. Antara lain, 400 pekerja kilang Papan Lapis Metro Pasisific, Kuala Terengganu.

Mereka diberhentikan kerja awal Mei 2006 apabila pihak pengurusan dikatakan berhadapan masalah kewangan sehingga gagal melunaskan gaji bulanan mereka. Rata-rata pekerja terbabit telah bekerja di situ antara dua hingga 10 tahun.

Hampir empat tahun BN memerintah. Jangan dikatakan hendak mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang belum bekerja, yang sudah bekerja pun hilang pekerjaan. Mana peluang kerja yang dijanjikan oleh kerajaan BN?

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar (GAMBAR) mendedahkan bahawa pihaknya sering membawa puluhan majikan ke Terengganu untuk memberi peluang pekerjaan kepada belia tempatan.

Sebahagian anak-anak muda Terengganu dikatakan telah berhijrah untuk bekerja di pelbagai sektor khususnya di Lembah Kelang.

Pengakuan pemimpin BN itu disiarkan di sebuah akhbar harian baru-baru ini sekaligus membuktikan tiada peluang pekerjaan mencukupi di Terengganu menyebabkan belia terpaksa berhijrah.

Jika berjaya pun mendatangkan puluhan majikan luar ia membuktikan bahawa BN gagal mewujudkan pekerjaan di negeri ini.

Bagi mereka yang terdesak, mereka melakukan apa sahaja pekerjaan, asalkan boleh menghasilkan pendapatan. Ada yang mengutip besi buruk. Ada juga yang menjadikan timbunan sampah di tapak pelupusan sebagai sumber rezeki.

Janji 5,000 peluang pekerjaan setahun nampaknya masih tidak kelihatan.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising