Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, December 13, 2007

13 Disember 2007 (mlm ini)
9 mlm
Markaz Tarbiyyah PAS Tmn Melewar

Penceramah :
Ustzh Nuridah Mohd Salleh (Ketua DMPP)
Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat)
Dr Lo' Lo' Hj Ghazali (AJK PAS Pusat)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Pengarah Pilihan raya BN dalam SPR?


Saya berpendapat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, dengan banyak kenyataan yang dibuat sebelum ini menunjukkan seolah-olah dia seperti Pengarah Pilihan raya Barisan Nasional (BN) tidak rasmi dalam SPR.

Dia antara orang yang berjaya meneruskan misi memperalatkan SPR untuk kepentingan BN khasnya memberi kemenangan kepada parti itu dalam setiap kali pilihan raya yang diadakan di negara ini ketika dia menjawat jawatan berkenaan.

Dia pernah berkata antara lain "kita menang," ketika kemenangan BN dalam pilihan raya umum lepas (kalau tidak silap).

Jika benar dakwaan itu dia jelas bias dalam menjalankan tugasnya sebagai pejawat awam yang mesti berperanan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Kepincangan pilihan raya antara lain berpunca dari sikap beliau itu. Dengan membuat pindaan baru Akta Pilihanraya untuk membolehkan pengerusi SPR memegang jawatan berkenaan sehingga berumur 66 tahun, wujud suatu tindakan yang bolehlah disifatkan untuk terus memberi ruang kepada Rashid menjadi tali barut BN dalam SPR.

Saya tidak nampak pilihan raya itu berjalan mengikut demokrasi sebenar apabila adanya insiden-insiden yang mencemar ketelusan demokrasi itu termasuk sikap pengerusi SPR sendiri.

Ini termasuk Ab. Rashid yang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 merupakan satu kenyataan yang jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kenyataan Tan Sri Rashid bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 itu jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa memperkenankan pembubaran Parlimen merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong setelah menerima permohonan dari Perdana Menteri.

"Apabila Tan Sri Rashid sewenang-wenangnya mengisytiharkan yang beliau telah tahu akan tarikh pilihan raya bermakna beliau telah bertindak membelakangkan sama-sekali kuasa Yang di-Pertuan Agong itu, sekaligus membelakangkan undang-undang tertinggi negara dan ini merupakan satu tindakan yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Oleh itu, katanya, PAS mendesak agar pihak istana, sebaik-baiknya melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, segera mengeluarkan kenyataan meminta agar Tan Sri Rashid menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Malah PAS menjadi bertambah ragu dan keliru berikutan kenyataan Perdana Menteri di Kuala Terengganu semalam bahawa beliau sendiri hairan bagaimana Tan Sri Rashid boleh mendakwa yang ia tahu akan tarikh tersebut sedangkan Perdana Menteri sendiri kononnya belum menentukannya.

"Ini membuktikan yang Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong telah berbohong secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,"tambahnya.

Ujarnya, bagi PAS ketidaktentuan terhadap tarikh pilihan raya umum di Malaysia adalah bukti betapa tidak demokratiknya negara ini berbanding negara-negara maju yang lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Gempa Bumi Landa Sekitar Bukit Tinggi

12 Disember, 2007 21:23 PM

Gempa Bumi Landa Sekitar Bukit Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Gempa bumi bermagnitud 3.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Pahang pada 6.01 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa bumi kecil itu yang berpusat pada koordinat 3.3 Utara dan 101.8 Timur telah menyebabkan gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan itu.

-- BERNAMA

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising