Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, December 10, 2007

Suwandi dan Azman mangsa keganasan BN


Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini memutuskan mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21, tidak dibenarkan ikat jamin.

Dua ikon mangsa kepincangan sistem demokrasi negara itu, didakwa cuba menyerang pejawat awam (anggota polis) dalam Peristiwa Berdarah Batu Burok 8 September lalu.

Bagaimanapun kedua-duanya tidak mengaku salah. Tidak dibenarkan ikat jamin, sudah menjadi keputusan mahkamah. Tidak ada siapa pun boleh mempertikaikannya dari segi undang-undang.

Tetapi kehadiran Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwa dalam kes itu menunjukkan ia suatu tindakan yang cuba mempengaruhi mood perbicaraan dan bias kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahukan supaya orang yang ditembak dalam peristiwa tersebut tidak diikat jamin sehingga hari perbicaraan seterusnya 30 dan 31 Disember ini.

Saya tidak suka membahaskan keputusan dibuat oleh Hakim mahkamah berkenaan Tuan Hassan Abdul Ghani, kerana ia adalah urusan undang-undang tetapi kedua-duanya ditembak dan tidak bersenjata ketika peristiwa itu berlaku.

Kemudian mereka pula ditahan, tidak boleh diikat jamin selepas mereka direman dan dibebaskan sebelum itu. Saya tidak nafikan itu bukan suatu tindakan janggal tetapi apa relevennya keputusan seumpama itu ketika yang didakwa ialah ornag yang ditembak bukan orang yang menembak.

Saya tidak menafikan adalah hak hakim untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangan adil dan undang-undang sedi ada tetapi banyak kes undang-undang sedia ada disalahgunakan oleh pengamalnya sama ada hakim atau peguam untuk tafsiran dalam kes dan untuk berpihak kepada individu atau kumpulan tertentu.

Yang menembak bebas, tidak didakwa di mahkamah kerana cara tembakan dibuat dalam perhimpunan sedemikian menunjukkan ada suatu perancangan jahat terhadap pembangkang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya mendengar satu suara dari sebuah kereta yang dipercayai milik polis yang lalu laju di hadapan saya ketika saya ditahan di dalam trak polis di Persiaran Hakim 1 yang berbunyi, "tembak saja..."

Mungkin itu bertujuan untuk menakutkan saya dan kawan-kawan lain yang berada dalam trak itu, saya tidaklah mengetahuinya. Begitu juga ketika saya diiring ke trak polis berkenaan, ada anggot polis berbisik di telinga saya bahawa polis sedang mengamuk ketika itu (jam 9.00 malam lebih kurang).

Satu suasana seolah-olah menghidupkan keadaan darurat yang cuba diatur oleh pihak pemerintah BN untuk memudahkan mereka terus berkuasa dan menggunakan kuasa sebebas-bebasnya tanpa ada sebarang sekatan dari mana-mana pihak hatta undang-undang sendiri.

Jadi, saya menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menggelarkan negara ini sebagai negara polis dengan banyak peristiwa berlaku dalam negara ini, polis digunakan bagi menghalang kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun sebagai termaktub dalan Perlembagaan Persekutuan.

Sekaligus BN juga mahu melihat pembangkang melatah menunjukkan sikap ganas untuk dilabelkan sebagai pengganas sehingga ia dimudahcarakan untuk parti itu menggunakan kuasa pemerintahan, bertindak dengan menangkap pemimpin dan penyokong pembangkang.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sudah menjadi mangsa kegilaan kuasa ini. Beliau dipercayai ditangkap polis (ketika artikel ini ditulis).

Jadi, siapa lagi rakyat dan golongan yang berhasrat melihat keadilan itu ditegakkan mahu mengadu, jika semua pihak tidak lagi boleh dipercayai hatta sistem undang-undang dan kehakiman itu sendiri.

Apa bentuk negara sehingga begitu teruk sekali keadaan yang berlaku? Sebab itu saya nampak biar ada suatu perancangan untuk menghancurkan BN sehancur-hancurnya secara rapi dari sekarang.

BN tidak boleh dibiarkan lagi memerintah negara ini kerana ia lebih cenderung menghukum dan menyusahkan pembangkang dari menguruskan negara dengan baik.

Ini kerana BN terasa tergugat dengan sokongan rakyat semakin hebat kepada pakatan pembangkang termasuk Bersih.

Rakyat perlu merasa cukup dengan kerenah BN kerana ia membawa bencana negara, Kepincangan pentadbiran dan undang-undang semakin membara selepas lebih 40 tahun parti itu memerintah negara.

Dari apa yang berlaku akibat pemerintahan BN perlu dijadikan pengajaran kepada rakyat supaya mereka tidak terus tertipu dengan BN buat selama-lamanya.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising