Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, December 9, 2007

Hindraf peluru hidup BN?


Pembangkang seharusnya lebih bijak dari Umno dalam merancang untuk memerangkap lawan dalam apa-apa isu sekalipun sebagai suatu strategik peperangan sihat dalam sistem demokrasi sedia ada.

Hindraf adalah 'peluru hidup' Umno untuk memerangkap pembangkang sehingga menarik sokongan orang Melayu sedikit demi sedikit kepada Barisan Nasional (BN) selepas sokongan kepada parti itu merosot terok sebelum ini.

Mungkin satu lagi isu dicetuskan oleh Umno melalui perancangan inteligent bertaraf Mosaic Israel dalam masa terdekat untuk menarik sokongan pengundi Cina kepada BN selepas lebih 70 peratus pengundi Cina tidak menyebelahi parti itu di seluruh negara.

Jika semua ini berjaya dirancang BN, pilihan raya umum ke 12 akan memberi keselesaan kepada BN untuk menang dan menang lagi.

Pembangkang perlu merancang suatu yang tidak diduga BN dalam masa terdekat sehingga parti itu diam tidak terkata dan rakyat terus membeliakkan mata terhadap BN dan menanamkan satu perasaan benci yang tidak terhingga kepada parti itu.

Mereka menunggu masa untuk membuang BN dari berperanan dalam senario politik negara ini bila tiba masanya. Ia tidak semestinya pilihan raya umum tetapi jika boleh dalam pilihan raya umum adalah lebih baik dan lebih selamat.

Dalam pemerhatian saya semacam sudah ada perancangan dibuat oleh BN (melihat kepada lenggok isu yang dimainkan media milik Umno) bahawa serangan demi serangan diatur begitu rapi sehingga tidak nampak Umno yang merancang dengan menggunakan apa yang dinamakan inteligent semacam Mosaic Israel tadi.

Sebenarnya ini satu jenayah politik dipercayai pernah dilaksanakan BN sebelum ini bagi menjatuhkan pakatan pembangkang termasuk mengatur peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Dipercayai Umno dengan menggunakan team berkenaan merancang berlakunya peristiwa 13 Mei.

Satu kelemahan ketara bagi pembangkang ialah tidak ada team seumpama itu dibentuk secara bersistematik dan berencana untuk pastikan hasrat untuk memerintah negara dicapai dengan jayanya.

Ini kerana pembangkang tidak mempunyai kewangan yang cukup membiayai semua itu. Pembangkang juga tidak mempunyai kuasa untuk memperalatkan agensi-agensi tertertu bagi mengatur strategi ini.

Semua ini ada pada tangan BN dan parti itu lebih berkeupayaan mengatur serangan terhadap pembangkang sehingga menang setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Saya tidak mempertikaikan kehendak Allah itu memang menguasai segala-galanya tetapi persiapan sewajarnya perlu dibuat di pihak pembangkang termasuk soal membentuk team strategik serangan terhadap Umno secara lebih sistematik dan terurus tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Ia bagi menyelamatkan komitinya dari diambush oleh ISA dan apa-apa tindakan jahat Umno. Rangkaian dalaman Umno sendiri perlu dimanfaatkan sebijak mungkin untuk menghancurkan parti itu dari dalam.

Ingat sekarang politik berada dalam dunia peperangan bukan berada dalam dunia aman. Aman nampak pada zahir tetapi hakikatnya tidak demikian. Justeru semua gerakan pembangkang perlu strategik menggunakan tektik aman secara zahir dan menggunakan tektik peperangan di sebalik tabir.

Saya nampak ini lebih berkesan untuk menghancurkan BN ketika nyawanya liat untuk diragut.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising