Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, December 6, 2007

Pak Lah hanya untuk sepenggal



Dengar khabarnya ada pihak dalam Umno merancang untuk menjadikan tempoh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai penggal yang paling singkat bagi seseorang perdana menteri berkuasa.

Dikatakan mereka merancang untuk mengurniakan hanya satu penggal sahaja kepada Pak Lah untuk menerajui kerajaan.

Soalnya siapakah pengganti Pak Lah untuk menerajui Umno? Datuk Seri Najib Tun Razak? Ramai orang Umno tidak suka Najib menjadi Perdana Menteri termasuk ketua-ketua cawangan Umno.

(Gambar) Khairy Jamaluddin, Timbalan Ketua Pemuda Umno.

Ada ketua cawangan Umno yang datang berjumpa dengan saya untuk meminta saya menulis tentang skendal Najib termasuk dengan seorang artis wanita Malaysia yang popular suatu ketika dahulu dan sekarang pun masih popular tetapi artis itu sudah berkahwin, kurang sikit popularnya.

Ketua Cawangan Umno itu meminta saya menulis satu artikel yang menjelaskan Najib tidak bermoral dengan mendedahkan skendal Najid berbentuk surat layang dan siapa yang menyebarkannya itu terserah kepadanya. Tetapi beliau meminta saya menghubungi orang tertentu untuk tujuan tersebut.

Saya agak keberatan untuk cuba menyelidik dan menyiasat skendal peribadi pemimpin Umno khususnya Najib yang dikatakan mempunyai skendal dengan artis dan banyak skendal lain yang saya ada maklumat sedikit sebanyak tetapi saya tidak berani mengesahkannya kerana ia berkaitan dengan fakta dan kesahihan berita.

Memang saya tidak berminat untuk menyerang peribadi sesiapa kerana itu bukan etika dan amalan saya sebagai pengamal media.

Tetapi yang pentingnya ada pemimpin Umno sendiri yang cuba menjatuhkan Najib supaya beliau gagal menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu berita kemenangan BN dalam pilihan raya umum saya melihat Najib macam menari-nari ketika menyambut kemenangan parti itu. Saya lupa sama ada pilihan raya umum 1990 atau 1999.

Kejadian itu dipaparkan oleh sebuah televisyen (TV) di negara ini. Jadi mungkin dengan beberapa contoh peribadi yang dikatakan tidak memuaskan itu menyebabkan orang Umno sendiri enggan menonjolkan Najib sebagai Perdana Menteri menggantikan Pak Lah.

Jadi siapa yang diingini Umno untuk menggantikan Najib ? Saya tidak nampak kepimpinan Umno boleh ditonjolkan sebagai pengganti Pak Lah walaupun disifatkan pentadbiran Pak Lah antara pentadbiran Umno yang paling lemah sekali berbanding dengan Perdana Menteri yang lain. Ia patut diganti segera.

Khairy Jamaluddin ganti Najib? Mungkin ini suatu perbahasan yang agak songsang dan terlalu awal. Difahamkan hasrat menantu Perdana Menteri ini agak besar untuk suatu ketika nanti menjadi Perdana Menteri tetapi berapa ramaikan orang Umno menyokong hasrat Khairy saya tidaklah mengetahuinya.

Tetapi saya lebih mengharap, Pilihan raya Umum ke 12 tidak lagi menyebelahi Barisan Nasional (BN). Rakyat perlu berani membuat perubahan dengan menukar pemerintahan baru di bawah Barisan Alternatif (BA) yang terbukti lebih baik memerintah di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Khairy yang mendakwa orang yang menyertai demonstrasi jalanan sebagai beruk, tidak berupaya meletakkan dirinya sebagai bakal perdana menteri kerana awal-awal lagi sudah membabitkan diri kes-kes kronisme. Dia sendiri dalam peristiwa sebigini boleh diletakkan antara orang politik yang buta sejarah, kerana Umnolah menggerakkan demonstrasi jalanan ketiak menentang Malayan Union.

Khairy didakwa banyak mempengaruhi bapa mertuanya dalam banyak urusan terutama sekali urusan kontrak.

Difahamkan banyak cadangan Khary digunapakai oleh Pak Lah. Jadi, pentadbiran Pak Lah seolah-olah banyak dipengaruhi oleh anak menantunya.

Ini antara faktor pentadbiran Pak Lah menjadi lemah. Jadi, rakyat perlu menilai semula undi mereka kepada BN agar parti itu tidak lagi memperbodohkan mereka di masa akan datang.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising