Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, December 5, 2007

Saya tidak setuju dengan Hindraf


Saya tidak setuju pada dasarnya dengan Hindraf yang kononnya memperjuangkan hak-hak kaum India di negara ini kerana ia berbau perkauman. Ia suatu kaedah perjuangan yang sempit. Saya bersetuju dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menyifatkan bahawa tuntutan yang dibuat oleh Hindraf sebagai melampau.

Bayangkan bagaimana pula jika pendatang asing termasuk dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Filipina dan Nepal hari ini membuat tuntutan yang sama kepada mana-mana pihak atas sebab diskriminasi, ketidakadilan layanan semasa berada di negara ini?

Saya faham sejarah India Hindraf berbeza dengan mereka terbabit tetapi pokoknya perjuangan sempit macam ini tidak perlulah diperbesarkan atas nama kaum dan agama kerana ia memberi sumbangan positif kepada Umno untuk mengkambinghitamkannya bagi menghadapi pembangkang ketika pilihan raya umum semakin hampir sekarang.

Ingat Umno pernah mencipta kartun empat kepala ular terdiri dari ketua parti pembangkang PAS, DAP, Semangat 46 dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah untuk menghadapi pembangkang dalam pilihan raya umum 1990 yang lalu.

Saya tidak gemar melihat ada pula kartun baru semacam suatu gabungan atau menyerupainya yang Hindraf sebagai smart partnership dalam kartun itu untuk menarik perhatian umum supaya menolak pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun ia merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, jika ada mana-mana pihak yang meniup atau mengapi-ngapi semangat perkauman di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia tidak menjadi masalah kepada Umno jika tindakan tersebut boleh membantu memenang Barisan Nasional (BN) dalama pilihan raya umum ke 12 nanti.

Seebelum ini difahamkan ada pemimpin Umno yang bercakap berbau perkauman di majlis-majlis tertentu bersama rakyat sementara PAS tidak pernah dan tidak suka bercakap sedemikian rupa kerana PAS bukan parti perkauman. Umno memang parti berbau perkauman kerana ia memperjuangkan bangsa Melayu (tetapi perjuangannya tidak ke mana setakat ini).

Benar, siapa atau apa kumpulan pun yang telah berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan boleh bebas bersuara dan bermedia (walaupun Umno menyekatnya) tetapi kebebasan itu tidak boleh dimanfaatkan untuk mengetengahkan isu perkauman.

Saya tidak menyebelahi Umno atau BN. Saya suka diri saya menyebelahi kebenaran. Saya pernah melawat India dalam tahun 1983 semasa saya belajar di sana dahulu. Memang teruk kehidupan kaum India di negara mereka sendiri.

Ada yang berumahkan tepi bangunan stesen keretapi untuk menjadi tempat tinggal mereka. Ada yang tinggal di rumah yang boleh dinamakan sebagai reban ayam sahaja untuk mereka hidup berkeluarga. Ada yang menggunakan najis lembu yang dikeringkan untuk menjadi bahan bakar masakan harian mereka.

Kehidupan mereka dalam semua aspek lebih baik di Malaysia berbanding di negara asal mereka pada waktu itu.

Saya memang tidak gemar sama sekali semangat perkauman ini ditiupkan oleh mana-mana kaum termasuk orang Melayu sendiri yang dipimpin oleh Umno kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan kaum mungkin lebih teruk dari Peristiwa Hitam 13 Mei 1969.

PAS memang sekeras-kerasnya mengutuk tindakan sedemikan rupa kerana tidak memberi manfaat apa-apa kepada rakyat negara ini.

Bahkan ia menimbulkan ketegangan kaum dan mencetuskan huru-hara dalam negara yang merupakan suatu perkara yang ditunggu-tunggu oleh Umno untuk menjadikannya sebagai alasan bagi menangkap pemimpin parti pembangkang dan menahan mereka di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sekaligus menyelamatkan Umno tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang.

Jika pergaduhan kaum berlaku sebelum pilihanraya umum akan datang ia suatu situasi yang memberangsangkan politik BN kerana ia peluang untuk mengekal tapuk takhta pemerintahannya penggal seterusnya. (Saya harap pembangkang biarlah berhati-hati bertindak nanti menyesal kemudian.)

Atau suatu peristiwa yang sedemikian rupa perlu dicipta bagi menghalakan tuduhan itu kepada pembangkang supaya rakyat membenci pembangkang dan kembali menyokong BN semula di saat sokongan rakyat kepada parti itu sekarang berada di bawah tahap terendah mungkin 30 peratus atau lebih sedikit buat masa sekarang.

Ini kerana semua kaum termasuk Cina benci Umno/BN sekarang. Pernah saya berbual dengan taukeh-taukeh Cina di sebuah restoran di Bandar Kuala Terengganu baru-baru ini. Perbualan itu menyentuh ketidakpuasan hati mereka terhadap tindaktaduk pemimpin Umno mengagihkan kekayaan negara.

Bagi mereka pemimpin Umno khususnya di Terengganu, lebih memetingkan diri sendiri dari rakyat. Mereka tersisih dari menerima nikmat dari pembangunan yang dibawa ke negeri itu.

Mereka bercakap-cakap mahu membuat perubahan lebih baik berbanding pilihan raya umum tahun 1999 kerana mereka sudah nampak perbezaan ketara antara dua pemerintahan BN dan PAS dalam masa terdekat ini.

Cuma saya bimbang dengan rakyat (orang Melayu) di pendalaman yang Umno membelanya dan mereka pula tidak berfikiran terbuka dan disumbat ke dalam fikiran mereka maklumat-maklumat bohong melalui TV dan Radio BN yang masuk ke dalam setiap rumah mereka.

Dan saya juga bimbang dengan taktik kotor ketika saat terakhir pilihan raya apabila BN akan menyogok pengundi mungkin dengan jumlah wang lebih besar sehingga sampai RM1,000.00 seorang atau lebih dari itu jika sanggup mengundi BN dalam pilihan raya tersebut.

Ini hanya pada firasat saya. Bagaimanapun saya berharap ia tidak berlaku demikian. Saya masih belum berkeyakinan sepenuhnya perubahan berlaku di negeri Terengganu di masa akan datang sekiranya rakyat Terengganu tidak berubah sikap kepada sutau tindakan lebih baik dari apa yang berlaku sebelum ini, untuk melihat perubahan besar berlaku dalam sistem pemerintahan negara daripada buruk kepada yang baik dan yang lebih baik.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising