Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, December 3, 2007

Rakyat jangan jadi bacol


Barisan Nasional (BN) bawa satu slogan besar ketika pilihan raya umum ke 11, BN bawa slogan BN Menang Rakyat Senang (BMRS). Ini kerja saraf Umno.

Amat melucukan sekali, slogan itu hanya tinggal slogan semata-mata sebagaimana slogan-slogan sebelum ini seperti Kepimpinan Melalui Tauladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020.

Slogan BMRS adalah slogan paling menipu rakyat, melengkapkan BN sebagai parti penipu rakyat sejak 50 tahun lalu.

Apa kesenangan yang rakyat dapat selepas BN memerintah semula negeri Terengganu? Rakyat menjadi kaya raya, jadi hartawan atau jutawan? Nelayan sudah boleh hidup senang dengan memilki rumah, tanah, kebun dan wang dalam simpanan bank berjuta-juta ringgit?

Mereka menjadi saudagar kaya dengan sekelip mata selepas BN berkuasa di Terengganu? Itukah yang berlaku? BN sebenarnya cakap sombong, sanggup menipu rakyat dengan apa cara sekalipun semata-mata mahu menang pilihan raya.

Akibatnya rakyat merana. Merana sehingga tidak terkata. Rakyat Terengganu terpaksa menanggung derita hasil BN berkuasa. Yang pertama Rakyat Terengganu tidak ada perubahan apa-apa hasil kejayaan BN memerintah.

Pembangunan apa yang rakyat dapat? Pulau Duyong? Pulau Wan Man, Lebuhraya Pantai Timur? Kerja kosong 60,000 setahun? Itu untuk mak cik dan pak cik Hulu Telemong rasai? Pak Mat Hulu Besut dapat kontrak?

Tidak ada. Semuanya bohong. Yang dapat ialah Syarikat JE, Petrick Badawi dan kuncu-kuncunya. Yang kaya raya ialah Exco Kerajaan Terengganu. Mereka cipta harta segera dengan projek-projek berkenaan.

Sampai buat kenduri perkahwinan pun ditaja oleh Petrick Badawi, buat di hotel di Pulau Duyong milik Petrick Badawi itu.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) patutlah siasat seorang Exco Kerajaan Terengganu yang sanggup terima rasuah untuk buat kenduri kendara perkahwinan anaknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dato' Haji Wan Abdul Muttalib Embong bertanyakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, berapakah wang dari hasil projek Monsoon Cup masuk ke dalam tabung kewangan negeri atau wang disatukan?

Kerajaan BN Terengganu menjawab, kosong (tidak masuk apa). Inilah padahnya negeri diberikan kepada golongan tali barut gengster memerintah. Dana Khas yang digunakan untuk membiayai projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan Man itu ialah wang rakyat yang dirompak BN.

Adatnya mana ada wang rompakan, diaudit. Macam cerita P. Ramleelah. Wang rompakan itu di bahagi-bahagikan begitu saja. Kau satu, aku satu, kau dua, aku dua dan begitulah seterusnya.

Audit? Agak lucu perompak mahu audit wang mereka. Datang pula Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Itu gelembong sahaja besar. Sebenarnya tidak ada apa. Nak tahu ada apa atau tidak. Tengoklah kehidupan rakyat.

Berubahkah nasib mereka di bawah BN. Kayakah mereka atau senangkah mereka? Tidak ada senangnya. Wang Ehsan pun sekarang sukar untuk dapat, tidak semacam sebelum BN perintah negeri itu dahulu.

Rakyat mewah ketika PAS memerintah negeri itu selama empat tahun. Wang Ehsan sebanyak RM200 mudah diperolehi dari BN. Ya, benar itu cara BN mahu memenangi harta rakyat, dia bagi wang ehsan. Tetapi sekarang apa dah jadi. Apa rakyat rasa atau guana gamok deme. Mung senang dengan BN?

Tak ada, semuanya tang tipu dengan BN. Jadi apa tunggu lagi. Jangan percayalah dengan Umno atau BN itu buat selama-lamanya. Acap kali dah rakyat Terengganu tertipu dan terkena dengan pembohongan Umno ni.

Jadi, rakyat ada kuasa mengundi dan pilihan raya umum ke 12 pula sudah dekat. Ajarlah BN cukup-cukup. Pukul dia cukup-cukup sampai dia tidak boleh bangun lagi.

Barulah rakyat guna kuasa sebenarnya. Kalau tidak rakyat pengecut, bacol dan dayus. Saya geli geleman menjadi rakyat dayus dan bacol.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising