Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, November 29, 2007

Duyong oh Duyong


Satu interbiu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut baru sebentar diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, membincangkan soal benarkah Monsoon Cup mendatangkan hasil lumayan kepada rakyat negeri itu khususnya penduduk Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

(Gambar) Sekitar Pertandingan Monsoon Cup diambil dari Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Menurut beliau manfaat sebenar ialah wang yang diperolehi tidak kurang RM200 juta setahun itu hanya dikaut oleh juak-juak Umno yang dipimpin oleh Pak Lah dan Idris Jusoh. Rakyat sekadar boleh jual goreng pisang sahaja.

Boleh kaya kah penduduk atau rakyat Terengganu hanya sekadar jual goreng pisang sahaja sedangkan ramai pemimpin Umno menjadi jutawan dalam sekelip mata dengan perlaksanaan projek seumpama itu di negeri tersebut.

Projek dibuat hanyalah untuk membolehkan Dana Khas dikeluarkan selepas royalti petroleum dan gas ditarik balik atau dengan kata lain, dirompak Barisan Nasional (BN) ketika PAS memerintah negeri tu dahulu.

Jika tidak ada projek, lambat lagi wang Dana Khas itu akan dikeluarkan untuk dibelanjakan di negeri Terengganu.

Nak tak nak BN terpaksa buat projek. Kalau projek itu boleh mengubah nasib rakyat khsusunya golongan marhain seperti nelayan, ia tidak menjadi masalah.

Tetapi yang menjadi masalahnya orang yang senang lenang dengan projek berkenaan ialah orang yang sudah kaya dan senang lenang sebelum ini.

Yang miskin tetap miskin dan yang kaya terus kaya sehingga di tengah-tengahnya ada jurang pemisah pendapatan dan taraf kehidupan yang begitu ketara sekali bagaikan jauh panggang dari api.

Haji Mohd Abdul Wahid menjelaskan latar belakang kenapa Monsoon Cup itu dibuat. Baginya ia bertujuan untuk membolehkan wang Dana Khas itu dicurahkan kepada orang-orang tertentu dalam Umno dan kroninya bagi menampakkan kepada rakyat bahawa BN melaksanakan projek pembangunan di negeri tersebut.

Sebenarnya projek itu untuk siapa? Untuk penduduk Pulau Duyong atau rakyat negeri Terengganu? Tidak, ia adalah untuk membesarkan tembolok jerung-jerung Umno bagi ke sekian kalinya berupaya membaham pembangkang khususnya PAS di negeri Terengganu.

Tanpa wang Umno atau BN akan mampus. Jadi untuk BN Terengganu dapat wang, projek diwujudkan di negeri tersebut. Tujuannya ialah untuk membolot wang sebanyak-sebanyaknya bagi menghadapi kemaraan pembangkang dan bagi membendung kebangkitan rakyat di negeri berkenaan.

Sementara itu Haji Mohd Abdul Wahid yang juga Bendahari PAS Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, semua soalan yang berkait dengan Monsoon Cup ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Che Mad Jusoh.

Sikap tidak telus dan tidak 'gantleman' Umno ini, menunjukkan ada sesuatu yang mahu disembunyikan dari pengetahuan awam berkait dengan monsoon cup.

Ini diperjelaskan lagi oleh Laporan Ketua Audit Negara kepada Sidang DUN negeri itu berhubung dengan pertandingan tersebut.

Dalam laporan itu Ketua Audit Negara menyebut bahawa perbelanjaan kewangan projek berkenaan tidak diaudit. Kenapa demikian? Ini kerana wang itu bukan wang yang masukkan dalam perbelanjaan negeri atau wang yang disatukan.

Dari segi undang-undangnya ia adalah wang haram maka di akan dibelanjakan secara haram tanpa mengikut undang-undang.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh kroni-kroni Umno dan mengambil tindakan segera terhadap penyalahgunaan wang rakyat ini.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising