
Saya baru pulang dari bertemu penduduk Pulau Duyong, Kuala Terengganu, ketika di sekitar kampung itu berlangsung Monsoon Cup yang saya sifatkan sebagai 'Monsoon Ngap Rakyat'.
Wang Rakyat dibazirkan untuk kepentingan Team Petrick Badawi, sedangkan penduduk setempat terpinggir dan tersisih dari menikmati pembangunan yang dicanangkan.
Berpuluh-puluh tahun kebanyakan penduduk di situ tinggal di atas tanah rezab sungai atau tanah kerajaan. Mereka tidak disediakan kawasan perumahan tersusun atau perkampungan tersusun dengan kemudahan infrastruktur, lay out tanah dan perumahan yang bersesuaian dengan penduduk di pinggir bandar.
Itu cerita yang menghantui penduduk Pulau Duyong sehingga hari ini. Satu lagi cerita tidak senonoh di Pulau Duyong ini ialah apabila anak-anak gadis Melayu berpakaian ala Hawai setiap hari Isnin di restoran milik Petrick Badawi.
(Gambar) Pak Lah pegang bahu telanjang Dato' Micheall Cheoh dalam satu majlis di Pulau Duyong, Kuala Terengganu tidak lama dulu.
Pelayan-pelayan restoran berkenaan tidak segan silu, berpakaian tidak senonoh itu dengan mendedahkan bahagian belakang dan di bahagian hadapannya hanya secebis kain menutup buah dada tanpa coli.
walaupun kain yang dipakai itu kain batek Terengganu, tetapi ia suatu pakaian yang bukan sahaja bercangah dengan kesucian agama Islam tetapi bertentangan dengan adat dan moral ketimuran itu sendiri.
Perkara ini diceritakan oleh seorang penduduk kampung itu yang kebetulan membawa bosnya minum di restoran berkenaan.
Kononnya restoran bertaraf lima bintang, dengan harga secawan kopi mencecah RM18.00 dan sewa hotel pula mencecah RM2,000.00 satu malam, sudah pasti pelayannya juga mahu dinilai dengan harga berkenaan.
Tetapi apakah nilai seorang gadis yang mendedahkan belakang dan tubuhnya kepada umum atas nama terpaksa bekerja di situ sedangkan banyak lagi kerja lain yang boleh mereka buat selain di restoran berkenaan.
Penduduk kampung itu bertanyakan gadis itu di mana dia tinggal. Katanya, dia tinggal di Manir, Kuala Terengganu. Katanya, dia terpaksa berbuat demikian kerana terpaksa.
Semua ini menunjukkan betapa rendahnya maruah gadis melayu apabila terpaksa menjadi hamba kepada mata benda yang murah dan bersifat sementara sehingga terpaksa menggadai moral dan maruah serta harga diri.
Inikah yang diajar oleh Islam Hadhari? Inikah yang termaktub dalam enam perinsip Islam Hadhari, tanya penduduk berkenaan.





