Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, November 26, 2007

Polis jaga keselamatan Umno?


Saya fikir bahawa rakyat dalam keadaan sekarang, perlu bersidang sendiri untuk menentukan hala tuju kehidupan sendiri, apabila Kerajaan tidak lagi mewakili keperitan dan kesukaran hidup mereka dalam semua apsek.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya pandai memberi peluang seluas-luasnya kepada pemimpin Umno untuk mengaut kekayaan tanpa batas. Begitu juga kuncu-kuncu mereka. Rakyat hanya diretorikkan dengan slogan yang muluk-muluk yang tidak pernah berpijak di bumi nyata walaupun itu pembangunan, atas nama Islam hadhari.

Pembangunan hanya untuk membuncitkan perut pemimpin Umno bukan mengkayakan rakyat. Justeru jadilah, negeri namlak kaya tetapi rakyatnya miskin seperti Terengganu.

Rakyat seolah-olah tidak lagi diwakili oleh wakil rakyat yang bertanggungjawab meluahkan dan membawa kesusahan dan permasalahan mereka kepada kerajaan yang memerintah.

Ini kerana kerajaan dengan ketamakan dan kerakusan kuasa yang ada kepada pemimpinnya, menjadikan mereka banyak memikirkan untuk bagaimana mencari peluang untuk membolot kekayaan yang melimpah ruah dari hasil bumi yang dikurniakan Tuhan dengan apa cara sekalipun kerana mereka fikir hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Hentam sajalah apa yang ada.

Tidak ada halal dan haram dalam perhitungan mereka. Yang ada hanya duit, duit, duit 24 jam. Ada wang mereka boleh beli pengundi untuk undi mereka dalam pilihan raya. Ada wang mereka fikir, mereka terus dihormati dan disanjung oleh juak-juak mereka.

Hal rakyat sebenar, tidak perlu diselesaikan dengan sewajarnya kerana biar mereka bermasalah. Kalau tidak mereka tidak akan dicari oleh rakyat yang kaki penjilat dan pengampu, rakyat yang hidup terkongkong dengan masalah yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN).

Rakyat seperti ini akan terus menerus menjadi penjilat dan lembu yang mudah dicocok hidung mereka dengan hanya diberi RM200 atau RM50 ketika tiba musim pilihan raya.

Jadi rakyat seperti ini perlu sedar dan insaf peranan mereka. Mereka sebenarnya berkuasa menentukan masa depan mereka dan negara mereka daripada terus bangkrap seperti sekarang atau berubah menjadi negara yang benar-benar bertamaddun bukan omong kosong semata-mata.


Mereka berkuasa menentukan siapakah dan parti manakah yang akan menentukan polisi (dasar) pemerintahan sama ada ke arah kebaikan atau ke arah kehancuran sama ada yang nyat dan tersembunyi.

BN walaupun memerintah dengan mewujudkan keamanan pada zahirnya tetapi pada hakikatnya keamanan dan keadilan tidak wujud kerana dasar yang dibawa menyimpang dari landasan sebenar.

Negara diancama masalah dalam pelbagai aspek termasuk politik yang menjurus kepada kedidaktoran satu parti, ekonomi yang berkiblatkan Amerika Syarikat (AS), tidak boleh berdikari walaupun sumber asli seperti petroleium dan gas melimpah di negara ini.

Sosial pula begitu parah sehingga setiap individu tidak terasa aman walaupun berada dalam rumah sendiri kerana jenayah kini menghantui dan boleh menjenguk setiap pintu rumah rakyat di negara ini sam ada di kampung atau di bandar bila-bila masa sahaja.

Tidak ada apa yang dinamakan keamanan dan kestabilan politik apabila Umno memperalatkan polis untuk menyekat rakyat dari bersuara dan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Umno dan corak pemerintahannya dengan mengadakan rapat-rapat umum di seluruh negara sedangkan Perlembagaan Persekutuan mengizinkan semua itu.

Sebenarnya Umno atau BN mahu menjaga keselamatan dirinya sendiri bukan keselamatan rakyat. Selagi parti itu terasa tergugat dengan apa bentuk tindakan rakyat, Umno akan terus memperalatkan polis atau pihak keselamatan untuk menyekat arus kebangkitan rakyat di masa-masa akan datang.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising