Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, November 24, 2007

Bahaya dari dalam


Sejak kebelakangan ini saya tidak bersetuju dalam beberapa pemikiran yang dibawa oleh sesetengah pihak dalam parti sekaligus saya menganggapkannya satu kesan negatif terhadap perjuangan Islam di negara ini kini dan di masa hadapan.

Yang pertama ialah anggapan bahawa kita tidak perlu berdukacita terhadap fitnah dan mehnah yang dibawa oleh musuh termasuk Umno terhadap perjuangan kita.


Ini kerana apa yang dibuat oleh musuh itu bukan suatu perkara baik bahkan ia merosakkan masa depan Islam dan umatnya sendiri kerana menghalang kelancaran gerakan perjuangan Islam di negara ini.


Soal mehnah dari musuh terhadap perjuangan Islam itu sudah menjadi lumrah perjuangan, itu suatu hal yang lain. Ia memang diakui tetapi jika didakwa ia tidak perlu kita dukacita, itu suatu pandangan yang sempit dan tidak menjangkau jauh.


Ini kerana mengapa kita tidak perlu berdukacita segala tindak tanduk menghalang kelancaran perjuangan Islam sedangkan ia satu tindakan bukan mengikut pertimbangan akal waras apa lagi ianya jauh dari suruhan Allah.


Islam diturukan untuk seluruh manusia, bukan untuk orang Islam sahaja, bahkan ia untuk musuh-musuh Islam yang menyekat kelancaran perjuangan Islam.


Mereka perlu diajar dan disedarkan tentang kejahatan perbuatan mereka dengan ungkapan yang boleh mendorong kesedaran mereka. Soal hidayah di tangan Allah bukan di tangan manusia.


Sebagai contoh saya menulis dalam Harakah menyatakan rasa dukacita saya terhadap polis tidak membenarkan ceramah Bersih diadakan di Batu Burok, Kuala Terengganu 8 September lalu.


Bahkan saya juga merasa dukacita kerana polis menggunakan peluru hidup untuk menembak, rakyat yang hadir di luar kawasan halangan polis di kawasan berkenaan.


Tindakan sedemikian adalah tidak wajar sekiranya negara ini benar-benar mengamalkan sistem demokrasi berparlimen kerana rakyat ada hak untuk berhimpun di bawah peruntukkan Perlembagaan Persekutuan.


Jadi, apa makna Perlembagaan Persekutuan sekiranya ada manusia di negara ini tidak menghormatinya apa lagi dia di pihak penjaga atau penguatkuasa undang-undang.


Ya, saya akui Perlembagaan Persekutuan bukan hukum Allah tetapi mereka sudahlah tidak menghormati hukum Allah, hukum mereka sendiri pun mereka juga tidak hormati. Jika Perlembagaan Persekutuan mereka tidak hormat tetapi hukum Allah mereka hormat, itu suatu yang amat baik.


Yang menjadi masalahnya kedua-duanya mereka tidak hormati. Jadi perlembagaan mana mereka mahu pakai dan mahu menghormatinya?


Jelas undang-undang hawa nafsu menjadi teras tindakan mereka, langsung peluru hidup digunakan untuk menembak orang awam dalam peristiwa tersebut.


Justeru apa lagi kita mahu katakan, terhadap sikap mereka itu jika kita melahirkan rasa dukacitanya terhadap perbuatan tersebut.


Ia juga sebagai rasa tidak sukanya kita terhadap suatu kebejatan berlaku dalam kancah pergolakan politik dan keselamatan dalam negara ini, sebagai rakyat yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.


Di samping itu, dengan melahirkan rasa dukacita itu kita boleh mencetuskan satu kaedah atau uslub meniupkan kesedaran dalam hati manusia yang tidak sedar bahawa dia telah menjadi penentang perjuangan Islam.


Perkara seumpama ini perlu diberi perhatian terutama mereka yang lama dan baru membabitkan diri secara langsung dalam perjuangan Islam sebagai kepimpinan di peringkat-peringkat tertentu dalam parti.


Saya tidak setuju pemikiran seumpama ini di ketengahkan dalam parti apa lagi ia dikhutbahkan kepada orang ramai.


Antara lainnya saya tidak bersetuju persoalan mahu menjadi pemimpin atau wakil rakyat di ketengahkan dalam khutbah kerana soal kepimpinan dalam Islam bukan boleh ditunjulkan melalui kehendak seseorang itu.


Kepimpinan gerakan Islam ialah berdasarkan kelayakan dan perlantikan dibuat dari pendokongnya bukan melalui kemahuan seseorang itu menjadi pemimpin.


Ertinya perlantikan itu dibuat bukan kerana seseorang itu mahu menjadi pemimpin, maka dia patut dilantik menjadi pemimpin tetapi ia dilantik oleh pendokong perjuangan itu sendiri berdasar kelayakan dan kepimpinan yang ada padanya menurut Islam.


Saudara-saudari boleh mengkaji sejarah kepimpinan gerakan Islam di zaman Nabi s.a.w. dan sahabat r.a. bagaimana ia dilaksanakan dengan jayanya mengikut dasar kepimpinan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.


Rasulullah s.a.w. tidak melantik orang yang meminta jawatan sebagai pemimpin sebagaimana yang dinyatakan dalam sirahnya.


Jika perlantikan pemimpin mengikut kaedah lain dari apa yang diasaskan oleh Rasululah s.a.w. ia akan membawa padah kepada perjuangan Islam.


Justeru saya sekali lagi amat tidak bersetuju dengan trend yang dibawa oleh mereka ini dalam parti kerana sebab-sebab berkenaan.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising