Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, November 22, 2007

Kes IC hilang: mungkin saya bawa ke mahkamah


Jam 9.40 pagi 22 November (hari ini) saya ke Pejabat Bahagian Tata Tertib Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di panggil untuk siasatan berhubung satu kes berkait dengan kehilangan barangan milik peribadi saya termasuk Kad Pengenalan, beg kamera video, tape video, pembersih kepala video (head cleaner tape), pen drive, bateri pengecaj dan bateri kamera SLR.

Anggota bertugas dikenali sebagai Surgent Salleh telah mencatit percakapan saya berhubung dengan peristiwa kehilangan barangan peribadi saya itu dalam tragedi berdarah Batu Burok, Kuala Terengganu 8 September lalu dan ketika saya ditahan di IPD Kuala Terengganu keesokan harinya.

Ia bermula dengan peristiwa tangkapan saya seawal jam 9.00 malam, 8 September lalu berhampiran Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, oleh dua orang pegawai polis beruniform (rakaman telah disiarkan dalam TVPAS.Com).

Beg dan peralatan tersebut dirampas oleh salah seorang pegawai polis berkenaan, dalam peristiwa tersebut dan langsung tidak dipulangkan balik walau satu barang pun bermula dari tarikh itu sehingga sekarang.

Kemudian pada 9 September lalu kira-kira jam 4 pagi kad pengelanan saya yang masih dalam jagaan polis dikatakan hilang atau tidak dijumpai oleh beberapa orang pegawai yang terbabit dalam peristiwa berkenaan. Sehingga hari ini ia belum dipulangkan juga.

Kejadian ini dilaporkan kepada polis sebagaimana tercatat dalam repot bernombor KUALA TERENGGANU/00829/07 dan dua e-mail telah dihantar kepada bahagian pengaduam Awam Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu.

Rentetan dari itu difahamkan bahawa polis Bukit Aman telah mengarahkan Bahagian Tatatertib Polis Negeri Terengganu membuat siasatan atas pengaduan saya tersebut.

Saya dengan pembantu peribadi saya, Zaidan telah berjumpa dengan Surgent berkenaan dari jam 9.40 pagi dan penyiasatan selesai dibuat jam 11 pagi ini.

Pada mulanya Salleh enggan membenarkan Zaidan merakam dan mencatat percakapan kami berdua.

Beliau mendakwa ia sebagai suatu penyiasatan biasa di bawah tata tertib polis untuk menyelesaikan masalah kelemahan anggota polis. Beliau tidak menyebut tindakan akan diambil sekiranya terbukti kesalahan itu dilakukan oleh pegawai polis terbabit.

Bagaimanapun, saya menelefon Peguam saya, Fariz Mustafa untuk bercakap kepada Salleh tentang perlunya perbualan itu dirakam atau dicatit di bawah Seksyen 112 Akta Polis.

Selepas beberapa minit Salleh bercakap dengan Fariz, Salleh redha dengan kehadiran Zaidan. Langsung siasatan atau percakapan dicatat oleh Zaidan dan Salleh sendiri sebagai pegawai penyiasat.

Saya membawa satu salinan video untuk menjelaskan siapa yang merampas beg saya dalam peristiwa berdarah tersebut.

Bagaimanapun ia akan ditonton oleh pihak polis jika perlu di masa-masa akan datang. Jadi saya masih memegang salinan visual berkenaan.

Salleh ada bertanya (tanpa catitan di kertas siasatan) berapakah kos kerugian yang terpaksa saya tanggung akibat kehilangan barangan saya itu termasuk kad pengenalan. Saya kata, RM3,000.00 sahaja.

Ia mungkin lebih mahal sekiranya saya membawa kes ini ke mahkamah dan saya ada berhasrat untuk berbuat demikian. Perbincangan mengenainya telah dibuat dengan Fariz.

Jika ia berjaya dibawa ke mahkamah ia merupakan kes pertama berkait dengan kehilangan kad pengenalan dibicarakan di mahkamah.

Ia akan menjadi rujukan undang-undang kepada kes-kes serupa di masa akan datang.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising