Saya telah menonton rancangan “101 East AlJazeera” di Aljazerera baru-baru ini.
Saya mengikuti perbahasan di antara Khairy Jamaluddin (KJ)serta Datuk Nazri Tan Sri Aziz (DN) bersama Saudara Malik Imtiaz.
Terdapat beberapa perkara yang saya rasa perlu untuk diketengahkan:
Perkara 1: Jelas Saudara KJ dan DN tidak faham bahawa hak untuk
berkumpul adalah hak asasi semua rakyat di dalam sebuah Negara
yang mengakumengamalkan demokrasi. Kedua-dua KJ dan DN gagal
memberikan alasan yang kukuh mengapa kekerasan terpaksa
digunakan pada 10 November 2007.
Mereka gagal untuk memjustifikasi tindakan polis
menggunakan air kimia dan gas pemedih mata untuk menyuraikan
perkumpulan. Mereka gagal untuk menjusfikasi penggunaan
kekerasan ke atas para demonstran. Mereka gagal
menjustifikasi penangkapan lebih 80 peserta. Mereka gagal
menjustifikasi tindakan polis mengepong Dataran Merdeka
bagi menghalang peserta berkumpul di sana.
Pada waktu yang sama, Al Jazeera juga
menunjukkan “footage” air kimia dan gas pemedih mata
digunakan bagi menyuraikan peserta 10 November.
Kedua-dua KJ dan DN gagal membuktikan Malaysia adalah
sebuah Negara demokrasi, setelah secara jelas
pihak Polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat
hanya kerana rakyat memilih untuk menyatakan perasaan mereka.
Polis secara ganas memijak lutut seorang pemerhati
yang tidak melawan dan tidak bersenjata sehingga lutut
orang tersebut hancur serta terpaksa dibedah.
KJ juga cuba untuk menggunakan alasan peristiwa
Batu Buruk sebagai alasan. Mungkin KJ terlupa bahawa
di Batu Buruk orang awam telah ditembak dengan peluru
hidup oleh pihak Polis.
Seharusnya pihak Polis yang dipersalahkan kerana tempat
tersebut telah dilangsungkanperhimpunan-perhimpunan
besar sebelum ini tanpa apa-apa insiden.
Sehingga kini kita masih tidak dimaklumkan tindakan
ke atas Polis
yang menembak dan pembakar bendera Malaysia.
Perkara 2: KJ juga cuba mewarnakan perhimpunan
10 November sebagai perhimpunan pembangkang
dan bukannya perhimpunan rakyat.
Lupakah KJ bahawa pemimpin, ahli dan penyokong parti
pembangkang adalah rakyat Malaysia juga? Mungkin KJ lupa
bahawa lebih dari 35 peratus rakyat Malaysia tiap-tiap kali
pilihanraya mengundi parti yang lain dari
Barisan Nasional (BN).
Di dalam Negara Malaysia yang berpenduduk 27 juta orang,
35 penduduk adalah bersamaan hampir 10 juta rakyat Malaysia.
Kalau dikira 10 juta pengundi bermakna kita bercakap
tentang 3.5 juta pengundi. Adakah 10 juta rakyat Malaysia
atau 3.5 juta pengundi sewenang-wenangnya dinafikan hak mereka
sedangkan mereka juga membayar cukai, tol dan sebagainya?
Perkara inimenampakkan mentaliti anti demokrasi KJ dan
UMNO/BN yang terdedah di dalam program tersebut.
Perkara 3: Persoalan kebebasan media juga telah diutarakan
dalam perbahasan tersebut. Saudara Malik menyatakan fakta
bahawa media di Malaysia memerlukan permit dari Kerajaan
BN untuk diterbitkan atau beroperasi.
Lantas, saudara KJ cuba untuk memberikan harapan kepada
rakyat Malaysia bahawa kebebasan media akan diberikan
kembali kepada pihak media dengan merujuk kepada ucapan
Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru
ini.
Malangnya, Akta Cetak menunjukkan bahawa hak untuk
mengoperasi akhbar atau apa-apa bentuk media di Malaysia
terletak di tangan Menteri dan tidak
boleh dicabar hatta di dalam mahkamah.
KJ tidak sedikit pun memberi apa-apa komen terhadap
fakta ini. Tiada pernyataan jelas
samada PM akan meminda Akta Cetak untuk mengizinkan
mana-mana pihak mengoperasikan media. Tanpa komitmen
ini, kenyataan PM baru-baru ini tidak lebih dari retorika
kosong dan tidak lebih dari wayang kulit,
apatah lagi dibuat dalam forum yang salah.
Sekiranya kerajaan yang diterajui UMNO/BN benar-benar ikhlas
untuk mengembalikan kebebasan media di Malaysia,
langkah pertama boleh dimulakan dengan
mengizinkan PAS menerbitkan semula Harakah
dua kali seminggu. Ini tidak memerlukan
pindaan akta. Cuma sepucuk surat dari
Menteri Dalam Negeri.
Saya cabar KJ dan UMNO untuk membuktikan komitmen mereka
terhadap kebebasan media. DN juga telah dimalukan apabila
beliau cuba menafikan akhbar di Malaysia berat sebelah.
Malang bagi DN apabila akhbar-akhbar yang terbit pada
11 November telah ditunjukkan kepada beliau sebagai
bukti.
Perkara 4: KJ cuba memberi gambaran bahawa Kerajaan
mendengar pandangan semua orang, khasnya SPR. Beliau
lantas memberikan contoh-contoh beberapa perubahan yang
telah dilakukan oleh SPR. KJ sedikit pun tidak menafikan
bahawa SPR adalah sebuah badan yang tidak bebas dari
pengaruh eksekutif.
Malang bagi KJ, tindakan beliau hanya membuktikan
bahawa SPR tidak lebih dari sebuah badan kerajaan yang
duduk di bawah cengkaman Jabatan Perdana Menteri.
Ini bererti SPR tidak bebas dan SPR beroperasi seperti
yang dikehendaki oleh Kerajaan BN.
Perkara 5: DN menyatakan bahawa sistem pentadbiran
di Malaysia tidak perlu diubah. Ia hanya perlu diperbaiki
sahaja. Jelas DN cuba bermain dengan perkataan. Apa yang
jelas pentadbiran Kerajaan BN mengandungi berbagai-bagai
kepincangan dan kezaliman ke atas rakyat Malaysia. Sekiranya
sistem di Malaysia putih bersih dari kelemahan, sudah tentu
pelbagai ketirisan, kebocoran dan kerobohan,
pelbagai indeks yang semakin merudum
serta peristiwa penyuraian perhimpunan dengan
kekerasan pada 10 November tidak berlaku.
Dr Lo’ Lo’ bt Hj Mohd Ghazali,
AJK PAS Pusat






