Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, November 20, 2007

Cabaran Pak Lah hanya retorik


Cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh (Datuk Yeh) supaya mengatasi segera masalah kemiskinan kaum nelayan Terengganu bolehlah dianggap sebagai retorik untuk menampakkan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian serius terhadap masalah tersebut.

Saya percaya ia tidak ke mana. Ia hanya sekadar untuk menarik perhatian massa ketika tidak ada suatu tindakan berkesan dilaksanakan oleh BN Terengganu bagi mengatasi masalah rakyat khususnya kaum nelayan yang sekian lama hidup terhimpit di tengah-tengah arus pembangunan yang tidak seimbang.

Pembangunan Terenganu banyak tertumpu kepada pembangunan fizikal termasuk projek-projek mega untuk menghabiskan duit rompakan dari royalti petroleum dan gas yang dijadikan sebagai Dana Khas untuk negeri Terengganu. Wang itu dibolot oleh kelompok tertentu sahaja di kalangan pemimpin-peimpim Umno dan kroninya.

Wang itu tidak dapat dikembalikan kepada rakyat dan negeri Terengganu mengikut saluran yang betul kerana rompakan yang dibuat BN ketika PAS memerintah negeri itu selepas pilihan raya umum ke 11 tahun 1999.

Hasil dari tindakan itu negeri Terengganu kehilangan kira-kira RM1 bilion setahun dikira lima peratus royalti diterima oleh negeri tersebut apa lagi ketika kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa mencecah kira-kira USD100 setong.

Dengan kenaikan harga minyak mentah itu rakyat khususnya kaum nelayan menerima tekanan hebat dari suasana ekonomi yang tidak kondusif itu.

Harga barang termasuk tepung gandum naik melebihi 50 sen sekilogram untuk sekali kenaikan. Dalam beberapa bulan muakhir ini, kenaikan harga gandum sudah melebihi dua kali.

Harga bawang merah pun naik melebihi 50 sen sekilogram. Kaum nelayan yang di boleh disifatkan kaum marhain yang kerja kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, menerima tamparan hebat hasil dari kenaikan harga barangan berkenaan.
Pak Lah cabar Datuk Yeh supaya ubah nasib nelayan dengan mewujudkan peluang perniagaan dan pendapatan lumayan kepada mereka termasuk mentenak ikan dalam sangkar.

Usaha itu memang bagus tetapi sejauh mana cabaran itu menjadi realiti, suatu yang perlu dipersoalkan kerana cabaran itu dibuat dalam suasana pilihan raya umum semakin hampir.

Biasanya BN banyak meninggalkan janji mereka begitu sahaja selepas pilihan raya selesai apa lagi kalau janji itu dibuat ketika musim pilihanraya.

Jika adapun program itu dirancang dan dilaksanakan, ia hanya terhad di kalangan Umno dan kuncu-kuncunya, sementara nelayan yang kebanyakan mereka menyokong PAS, akan tersisih dari menerima projek kerajaan.

Itu nostalgia yang sudah menjadi kenyataan berpuluh-puluh tahun sehingga hari ini. Justeru, bagaimana kemiskinan di kalangan rakyat khususnya kaum nelayan dapat diatasi sepenuhnya jika sikap negatif Umno seperti ini masih bersarang di hati pemimpin dan ahli Umno.

Bagaimana pula boleh berlaku keseimbangan ekonomi dan politik di negeri itu sekiranya sikap Umno tidak berubah sejak dahulu sehingga sekarang dalam mengagih-agihkan projek pembangunan kepada rakyat?

Justeru, rakyat Terengganu perlu sekali lagi mereformasikan negeri itu dengan menukar parti pemerintah dari BN kepada PAS semula memandangkan cara dan skill kepimpinan Datuk Yeh, tidak nampak suatu pembaharuan pentadbiran dan kepimpinan berlaku dalam senario politik negeri itu.
Bahkan lebih teruk jika dibanding dengan corak pemerintahan PAS di negeri itu (tahun 1999-2004).

Jika rakyat masih tidak sensitif dengan sikap Umno terhadap mereka, suasana ekonomi dan politik yang lebih teruk dari apa yang ada sekarang akan berlaku di negeri tersebut dan seluruh negara amnya.

Saya percaya keditaktoran BN menjadi semakin mantap dan tindakan ganas terhadap parti pembangkang lebih hebat di masa akan datang kerana BN akan merasakan semakin selesa selepas pilihan raya umum ke 12 nanti jika rakyat masih memberi mandat memerintah negara kepadanya sekali lagi.

Rakyat perlu berwaspada dan bertindak cepat terhadap kemaraan BN sebagai parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang dengan memilih parti lain untuk memerintah Malaysia.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising