Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, November 19, 2007

Mereformasikan Industri Filem


Saya mahu menarik perhatian terhadap dunia artis, satu dunia glamour, penuh dengan gossip dan kebejatan sosial, dewasa ini.

Ramai kenamaan bergelar Datuk dan Tan Sri yang berkahwin dengan artis. Banyak perkahwinan mereka tidak sampai ke akhir hayat, bercerai setelah setahun atau beberapa tahun berkahwin bahkan ada yang lebih singkat dari itu. Ini kerana mereka mendakwa mereka tidak sehaluan lagi.

Setiap tahun, ada sahaja pihak media atau pendokong dunia hiburan tanah air menonjolkan artis-artis baru melalui pelbagai projek dan pertandingan hiburan yang kebanyakan mereka digunakan antara lain untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah hari ini bagi tujuan menarik sokongan belia kepada parti berkenaan.

Kebanyakan budaya yang diamalkan ditiru hampir seratus peratus dari apa yang dibuat oleh artis-artis Barat.

Ini termasuk pergaulan bebas tanpa batas sehingga mengenepikan norma-norma agama. Bahkan ramai dari artis-artis negara kita tidak solat walaupun berbuih mulut mereka menyebut insya Allah, Al-hamdulillah dalam majlis-majlis anugerah bintang atau program-program Televisyen (TV) dan radio, menunjukkan betapa Islamnya mereka, walaupun sering kali tunggang langgang dengan botol arak.

Ada pula artis lelaki yang pakai subang dan rantai emas di leher sambil bercakap Insya Allah, beri salam dan al-hamdulillah dalam majlis atau show yang dibuat.

Saya tidak kata, perbuatan memberi salam, berkata Insya Allah dan al-hamdulillah, dah rezeki takkan ke mana itu salah berlawanan dengan budaya artis berkenaan.

Tetapi saya tetap berkata, salah jika artis lelaki dan perempuan berpakaian tidak senonoh, termasuk memakai pakaian sendat, menonjolkan pusat, buah dada, berseluar jin ketat dalam majlis-majlis rasmi yang ditonton oleh orang ramai.

Apa lagi tidak bertudung bahkan memperagakan rambut dengan pelbagai fesyen dan warnanya sehingga memualkan siapa yang melihat gelagat mereka.

Ada pula artis jantan nak jadi betina dan mendakwa sudah takdir mereka jadi lembut (pondan) sedangkan sebelum itu artis berkenaan elok saja, tidak terfikirpun dia boleh jadi pondan.

Tetapi tiba-tiba saja dia jadi pondan. Apa sebab dia jadi pondan, tidaklah diketahui. Jadi pondan pun bukan secara automatik. Tidak ada manusia jadi demikian secara automatik. Selepas bangun dari tidur terus jadi pondan, tidak begitu. Semua itu dengan ikhtiar dia sendiri.

Dia yang berusaha mahu jadi pondan sedangkan dia boleh jadi lelaki biasa, tidak menjadi masalah pun.

Lainlah dia memang khunsa (lelakipun dia, perempuan pun dia). Memang jenisnya, kalau tidak mengapa ada hukum dalam agama berkait dengan khunsa tidak boleh berimamkan khunsa dalam sembahyang.

Kalau ada manusia macam itu di kalangan artis, biarlah dia menjadi manusia bersopan dan berbudaya sihat, jangan membabitkan diri dengan hubungan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran atau seks bebas.

Kalau ada satu alat saja, tidak payah lah nak tukar-tukar perwatakan atau buat pembedahan, ia suatu laknat yang besar dari Tuhan.

Yang jenis ada kelamin perempuan, tidak perlulah tukar perwatakan jadi lelaki pula. Atau dengan kata lain jadi Tom Boy, apa lagi melibatkan diri dengan kegiatan lesbian lagilah dilaknat Tuhan.

Sebenarnya manusia yang suka tukar-menukar perwatakan ini mengalami masalah penyakit jiwa. Puncanya ialah iman tidak ada dalam dirinya dan suka tidak mengerjakan sembahyang.

Ia bukan sahaja berlaku di kalangan artis, tetapi orang bukan artispun terkena penyakit ini.

Bagaimanapun apa yang berlaku dalam dunia artis memang dahsyat, pondan dijadikan juru solek pelakon-pelakon perempuan untuk filem dan drama yang dibuat oleh syarikat-syarikat penerbit yang Pengurus Besarnya orang Islam.

Pergaulan bebas berlaku tanpa sekatan, seolah-olah budaya itu sudah sebati dengan dunia artis, tidak boleh diubah lagi.

Saya kata tidak. Semua itu boleh diubah kalau kena cara dan gayanya kerana manusia semua suka benda baik hatta orang jahat pun suka benda baik walaupun dia banyak buat jahat.

Benda baik secocok dengan naluri manusia dan itulah sebenarnya apa yang dikehendaki oleh Tuhan dan dengan itu juga manusia diciptakan. Diciptakan untuk buat baik, bukan untuk buat jahat.

Dunia hiburan itu sendiri boleh dibaiki dan tambahbaikkan mana yang sudah baik dan mana yang buruk dibuang.

Belajarlah dari dunia hiburan negara lain termasuk Iran jangan belajar dari Amerika Syarikat sahaja. Jangan kiblatkan dunia artis kepada Barat kerana yahudi merancang supaya dunia artis diperalatkan secukupnya untuk mengahncurkan Islam dan umatnya.

Negara repablik Islam itu telah banyak menghasilkan filem bermutu dan memenangi banyak anugerah peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun filem-filem ini jarang dibawa masuk ke Malaysia kerana ia berbentuk petriotik, menonjolkan watak wira-wira revolusi negara tersebut. Bukan tidak ada 'love story' tetapi 'love story' yang digarap dengan penuh sopan dan di bawah batas-batas keagamaan yang indah dan berseni sekali.

Ia bererti budaya cerita sedemikian sepatutnya digarap dalam cerita filem kita sekaligus membentuk budaya dunia artis filem dan seumpamanya dengan budaya serupa, bukan sahaja dalam filem.

Batas pergaulan dan budaya berpakaian sepatutnya dijaga oleh semua pihak terbabit bukan main hentam kromo saja.

Kerajaan sendiri mestilah bertangungjawab membuat polisi yang betul dalam usaha membersihkan dunia artis dari kekotoran sosial dan budaya Barat yang bertuhankan kebendaan.

Justeru PAS Terengganu, bercadang untuk membina akademi seni berteraskan budaya sihat dan sejahtera ini, sekiranya parti itu berjaya memerintah negeri berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Semua pihak perlu memberi perhatian terhadap cadangan PAS ini demi kebaikan industri seni tanah air di masa hadapan untuk melihat ia berkembang dan membiak sebagai institusi bersih dari kerosakan moral dan aqidah.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising