Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, November 15, 2007

Memorandum Bersih kepada Yang DiPertuan Agong


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil / Coalition for Clean and Fair Elections


Memorandum to Yang DiPertuan Agong

10 November 2007


Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil:


1. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.


2. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan. Selagimana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci semak dan imbang dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.


3. Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas pilihanraya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.


4. Proses pengendalian pilihanraya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihanraya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera.


5. Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang, BERSIH yakin dan percaya bahawa kelapan-lapan aspek ini perlu dikaji dan diperbaharui secara keseluruhannya:


A. Sistem pilihanraya


1. Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64% boleh diterjemahlkan kepada 91% kerusi bagi parti pemerintah. Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas First-Past-The-Post atau Yang-Pertama-Melepasi-Tiang dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan agihan-timpang dan curang atau tipu-belit;


ii. Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30% perwakilan wanita di parlimen terjamin;


iii. Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan dengan sistem pilihanraya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.


B. Pentadbiran pilihanraya


i. Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihanraya sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi;


ii. Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan.


C. Penamaan calon dan parti - bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan


i. Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenangnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC);


ii. Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenangnya oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil;


iii. Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan;


iv. Wang deposit pilihanraya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat.


D. Kempen pilihanraya peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara berikut


i. Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung;


ii. Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;


iii. Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah;


iv. Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.


E. Media


i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional;


ii. Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta;


iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.


F. Kerajaan Sementara

(Caretaker government)


i. Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan;


ii. Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah;


iii. Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman.


G. Daftar Pemilih


i. Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan (i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan (ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh pengundi hantu;


ii. Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.


H. Pengundian


i. Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda;


ii. Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa.


6. Untuk jangka terdekat,
BERSIH menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan empat pembaharuan yang diperlukan dan boleh dilaksanakan serta-merta:


1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan;


2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;


3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;


4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya.


Malangnya, setakat ini, pihak SPR cuma bersetuju dengan satu permintaan iaitu penggunaan dakwat kekal.


7. Dalam menjalankan kempen kesedaran di seluruh Negara, BERSIH telah berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan menembak orang awam dengan peluru hidup.

Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9hb September lalu.

Bahkan, BERSIH dilontarkan tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan. Penyiasatan bebas juga tidak dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan.


8. Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan:


* Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihanraya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihanraya.


* Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan.


BERSIH powered by WordPress | Trackback

Memorandum to Yang DiPertuan Agong

Entries (RSS) and Comments (RSS).

StatCounter - Free Web Tracker and Counter

Cabar himpun 1 juta rakyat sokong Umno



Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlekehkan perhimpunan 100 ribu rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dakwanya, Umno boleh menghimpunkan 1 juta rakyat jika parti itu mahu. Saya mencabar Najib supaya panggil 1 juta rakyat berhimpun di Kuala Lumpur bila-bila masa dari sekarang. Kita lihat sampaikah target itu setelah dikerah semua jentera Kerajaan untuk tujuan tersebut.

Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menghimpun 100 ribu rakyat tidak perlu kepada mengerahkan jentara kerajaan seperti yang diperalatkan oleh Umno sebelum ini.

Rakyat sanggup berhimpun dengan mengeluarkan duit poket sendiri bagi melihat satu kejayaan besar bahawa mereka berupaya menggerakkan reformasi untuk perubahan masa depan mereka.

Ini titik permulaan baik kepada gerakan rakyat. Parti yang dibenci rakyat akan menerima padah sedikit masa lagi.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu telah bertanyakan rakyat dalam majlis ceramah di Taman Melewar, Kuala Lumpur 10 November lalu akan diadakaan perhimpunan tiga hari tiga malam di Kuala Lumpur sekiranya tuntutan empat perkara Bersih tidak dilaksanakan kerajaan.

Pertama, hapuskan undi Pos, kedua bersih daftar pemilih dari pengundi yang tidak berkelayakan termasuk senarai pengundi yang sudah meninggal dunia, ketiga calit dakwat kekal dan Media bebas akses atau membuat liputan dan laporan tanpa bias kepada mana-mana pihak.

Tuntutan empat perkara Bersih itu , perlu dilaksanakan segera. Jika tidak, saya percaya satu gerakan rakyat yang lebih hebat dan besar lebih dari himpunan 100 ribu rakyat di Kuala Lumpur 10 November lalu akan berlaku di masa akan datang.

Barisan Nasional (BN) khususnya Umno kini menerima tamparan hebat dengan perhimpunan aman itu.

Media Singapura melaporkan perhimpunan aman Bersih 10 November lalu yang dianjurkan pembangkang, antara terbesar di Asia Tenggara.

Pelbagai komen diberikan terhadap perhimpunan tersebut, disiarkan dalam media termasuk dalam ruangan komentar di beberapa blog. Mereka mempersoalkan pembangkang mendesak Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima tuntutan Bersih sebagai usaha untuk memenangkan pembangkang.

Tidak timbul soal mahu memenangkan sesiapa tetapi kita mahu melihat rakyat diberi hak memilih dengan bebas tanpa sebarang prejudis terhadap sistem pengundian dengan menunaikan tuntutan itu.

Sila rujuk memorandum kepada Tuanku Mizan yang disiarkan dalam blog ini.

Saya tidak nampak BN boleh memberi jaminan masa depan rakyat berbilang kaum kerana ekonomi dan politik BN telah melahirkan masyarakat suka rasuah, judi, maksiat, penipuan, jenayah, tidak hormati hukum Tuhan, tolak agama secara menyeluruh, murtad, sundal dan lain-lain.

Tidak ada kebanggaan lagi yang boleh diberikan oleh Umno, kononnya parti Melayu nak jaga Melayu. Apa yang Umno boleh jaga Melayu. Hanya sekadar mengekalkan survival Melayu sebagai pemimpin kerajaan itu sahaja.

Tidak ada guna survival Melayu dalam hal ini apabila pemimpin Melayu tolak keadilan dan kebenaran dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara.

Mereka sanggup melacurkan Melayu sendiri untuk serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew. Apa guna survival Melayu kalau itu yang berlaku?

Hakikatnya perjuangan Melayu adalah suatu perjuangan sempit dan terkongkong menyebabkan pergaduhan kaum berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Bukan berpunca dari perjuangan keadilan dan kebenaran yang diperjuangkan oleh pembangkang seperti PAS.

Orang-orang Melayu tanpa prinsip keadilan dan kebenaran, digula-gulakan pula dengan retorik mengangkasakan Melayu. Naik ke angkasa lepas tunjuk kononnya ia satu kejayaan besar.

Apa besarnya kejayaan naik ke angkasa lepas? Sekadar menghabiskan duit rakyat bermillion-million hanya sekadar nak tunjuk Malaysia boleh naik ke angkasa lepas.

Siapa pun boleh buat kalau ada peluang dan wang yang banyak untuk berbuat demikian. Inilah "laklok"nya dan nyanyoknya Umno memerintah negara hari ini.

Tidak ada agenda apa lagi yang boleh ditonjolkan Umno untuk rakyat Malaysia. Sekadar pembangunan yang hanya untuk membuncitkan perut (mengkayakan segelentir manusia yang berada di celah ketiak Perdana Menteri).

Rakyat jelata tertekan dengan pelbagai masalah termasuk kenaikan harga barang, harga minyak dan sebagainya sedangkan pendapatan rakyat tidak bertambah.

Institusi perniagaan tidak perkembangan pesat, jika berkembang pun di sekitar kelompok peniaga tertentu dan peluangpun terlalu sempit sekadar lingkungan syarikat-syarikat Umno dan kuncu-kuncunya.

Jadi sistem ekonomi negara tidak terbuka sebagaimana terbukanya sistem ekonomi China yang menawarkan kos serba rendah dan perniagaan titik mula pelaburan yang memberangsangkan.

Kos hidup rakyat Malaysia sudah tinggi. Memang agak sukar untuk merendahkannya. Ini puncanya rasuah. Harga barang naik pun berpunca dari rasuah.

Umno telah mendapatkan wang banyak dari taukeh-taukeh judi dan kontraktor-kontraktor besar bagi membiayai pilihanraya parti itu dan BN.

Sebagai balasannya taukeh-taukeh judi dan kotraktor atau peniaga-peniaga besar bercita-cita mendapatkan pulangan dari kerja rasuah itu dengan menaikan harga barang mereka.

Yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Peniaga atau pembekal barangan terpaksa menaikkan harga barang kerana taukeh-taukeh berkenaan berbuat demikian.

Mereka mahu mencari untung yang sepatutnya mereka perolehi. Tetapi di pihak kontraktor atau peniaga besar khususnya pengilang-pengilang mahu menaikkan harga barang kerana mahu imbuhkan balik wang yang sudah dikeluarkan untuk rasuah kepada Umno.

Apa lagi ketika kenaikan harga minyak, sudah pasti ia menjadi alasan yang relevan bagi mereka untuk menaikkan harga barang keluaran kilang mereka.

Sekarang apa dah jadi kepada negara kita Malaysia? Oleh itu tolong selamatkan Malaysia dengan bersihkan pilihan raya dari sebarang korupsi dan ketidakadilan Umno atau BN.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising