
Saya baru saja balik dari sebuah kedai kopi di Kampung saya, Chendering, Kuala Terengganu. Seorang pelanggan kedai itu bercakap-cakap tentang Perhimpunan Bersih 10 November lalu di Kuala Lumpur.
Difahamkan, Menteri Penerangan Malaysia Datuk Seri Zainudin Maidin (Zam) yang dulu pernah mendakwa Nabi Hadi dan Nabi Fahdil dalam kolum Awang Selamatnya di Utusan Malaysia, ditanya seorang wartawan al-Jazeera mengapa Malaysia tidak membenarkan perhimpunan aman sedangkan negara ini dikatakan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen?
Dikatakan Zam bukan menjawab soalan itu, bahkan Zam menyoal balik wartawan berkenaan dengan soalan apakah Al-Jazeera membiayai perhimpunan puluhan ribu rakyat itu?
Bagi saya ini satu sikap sambil lewa Zam terhadap pertanyaan wartawan itu. Jika benar amalan demokrasi berlaku dalam negara ini tolong jawab dengan jujur kenapa perhimpunan aman sedemikian rupa tidak diberi permit?
Jelas, Umno bacul dalam menghadapi kebangkitan rakyat. Takut bersikap terbuka terhadap kenyataan yang berlaku dan takut pekong sebenar terdedah kepada dunia walaupun hakikatnya ia sudah terdedah dengan jelas.
Semua manusia yang ada akal tahu sistem demokrasi Malaysia tidak dilaksanakan dengan betul di mata dunia. Bukti terbaru ialah apabila perhimpunan aman Bersih untuk menghantar memorandum empat tuntutannya kepada ke Bawah Duli yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak diberikan permit polis.
Yang saya duduk tercari-cari mana pergi Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamudin Husein dengan keris telanjangnya yang melaungkan "kita akan gempur perhimpunan itu." Mana perginya Pergerakan Pemuda Umno, Putera dan puterinya yang berlagak sombong di pentas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini?
Yang ada hanyalah Pihak Keselamatan termasuk FRU dan polis diperalatkan atas nama keselamatan mengepung Dataran Merdeka bagi menghalang pejuang Bersih berbaju kuning dari berhimpun di kawasan berkenaan.
Umno memang bacul dan pengecut untuk berdepan secara terbuka dengan pembangkang dan NGO bagi membuktikan kejantanan mereka apabila berselindung di sebalik kuasa menggunakan polis dan pihak keselamatan.
Pak lah juga tidak turun, berdepan dengan Bersih apabila dengan megahnya bercakap, "saya pantang dicabar," dalam perhimpunan agung Umno tersebut.
Umno sekadar cakap bolehlah. Apa yang sebenar, tidak berani berdepan dengan kenyataan sehingga menggunakan jentera kerajaan untuk berlindung dan mempertahankan diri dari serangan pembangkang dan NGO. Termasuk penggunaan media, TV dan alat sebaran am lain.
Saya tidak nampak kenapa rakyat terus menjadi buta tuli mengikut apa sahaja Umno suruh kerana visi dan misi Umno sudah gagal secara total mengubah nasib dan masa depan rakyat kerana ia ketinggalan zaman.
Manusia seluruh dunia mahu perubahan iaitu kembali kepada kebenaran dan keadilan. Kezaliman dan monopoli kuasa secara tidak benar perlu dihapuskan kerana fitrah manusia tidak boleh selama-lamanya menerima kejahatan itu.
Suara rakyat di seluruh dunia termasuk di Pakistan tidak suka melihat kediktatoran yang berselindung di sebalik demokrasi dan untuk menegakkan demokrasi bermaharajalela lagi di dunia ini.
Siapa yang menetang arus ini pasti dia akan kecundang. Tetapi kita tidak suka munafiqin berada dalam saf kita.





