Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, November 8, 2007

Pulangkan Kad Pengenalan Saya


Semalam rakan-rakan saya seramai lebih 20 orang yang ditahan dalam Tragedi Berdarah Batu Burok, 8 Setember lalu telah dihadapkan ke mahkamah oleh pihak polis atas sebab antara lain melanggar Akta Polis yang melarang menyertai perhimpunan haram (perhimpunan tidak berpermit polis).

Bagaimanapun, al-hamdulillah setakat ini saya dan Cekgu Shukrimun bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, tidak dipanggil untuk berbuat demikian. Difahamkan panggilan untuk sebutan kes di mahkamah itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa disediakan kertas pertuduhan yang secukupnya.

Ini semacam pihak berkenaan terdesak berbuat demikian bagi menutup ketidaksesuaian tindakan dibuat ketika perhimpunan tersebut termasuk menggunakan peluru hidup, menimbulkan provokasi terlebih dahulu agar respond tidak baik pihak awam berlaku untuk menuduh mereka mengganas dalam tragedi tersebut.

Saya memang berterima kasih kepada pihak polis kerana tidak membabitkan saya dengan mahkamah atau mendakwa saya di mahkamah- saya tidak tahu mungkin akan datang polis terpaksa mendakwa saya jika mereka mahu untuk berbuat demikian (Wallohu a'alam).

Bagaimanapun saya tetap terkilan dan dukacita dan tidak berpuashati dengan tindakan polis menghilangkan kad pengenalan dan beg kamera dan beberapa barangan saya di dalamnya.

Ini satu tindakan memalukan sebagai penjawat awam, tidak sepatutnya menghilangkan barangan awam seperti kad pengenalan sama ada sengaja dihilangkan atau ia sekadar mistik untuk mewujudkan serangan siakologi terhadap saya atau orang seperti saya, saya tidaklah suka ambil peduli.

Pihak polis seharusnya membayar ganti rugi terhadap kehilangan itu sebagai pasukan yang bertanggungjawab terhadap undang-undang dan harta awam yang tidak sepatut dihilangkan kerana ia dalam jagaannya.

Mana integriti pasukan polis sekiranya perkara yang seperti ini, dianggap suatu yang biasa, tidak bersikap positif dan bertanggungjawab terhadap kecuaian yang dibuat.

Sekarang bayaran kehilangan kad pengenalan didenda sebanyak RM100.00 dan denda sedemikan mula berkuatkuasa Oktober lalu.

Saya sudah dua kali ke Pejabat Pendaftaran Negara di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu untuk membuat kad pengenalan baru tetapi mereka tetap tidak mahu terima kerana saya tetap tidak mahu membayar denda berkenaan.

Apa sebab saya kena bayar denda, yang menghilangkan kad pengenalan itu ialah pihak polis. Saya telah membuat laporan polis di balai Polis Daerah Kuala Terengganu dan repot polis bernombor KUALA TERENGGANU/008229/07, salinannya ada di tangan saya.

Segalanya saya ceritakannya di dalam laporan itu. Pokoknya barang itu sama ada dihilangkan oleh pihak polis atau masih dalam simpanannya, ia perlu dikembalikan kepada saya. Tidak ada hak pihak polis menyimpan barang itu kerana ia bukan barang curi atau barang kes jenayah. Itu adalah hak saya dari segi undang-undang khususnya kad pengenalan saya.

Semalam, saya telah menulis e-mail kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Haji Hassan memohon agar beliau cuba mencari penyelesaian dengan memulangkan semula barang-barang saya yang boleh dianggap masih dalam simpanan polis sehingga hari ini.

Saya tidak ada hasrat untuk berperang atau bermusuh dengan polis kerana saya sedar polis bukan musuh saya tetapi yang menjadi musuh saya ialah ketidakadilan perlaksanaan undang-undang, sifat tidak bertanggungjawab penjawat awam, kecuaian yang disengajakan, rasuah, penyelewengan kuasa, perhambaan sesama manusia dan kekufuran.

Justeru saya mengajak pegawai polis terbabit cuba bertindak sewajarnya untuk memulangkan semula barangan saya berkenaan. lima kali dah saya jumpa pihak polis dan pegawai penyiasat terbabit untuk membincangkan soal ini tetapi amat malang soal perkara seperti ini tidak ada jawapan dan keputusan memuaskan berlaku.

Sehingga hari ini saya masih lagi belum mendapatkan semula barangan saya berkenaan. Saya masih menanti dan memohon agar pihak polis berbuat sesuatu untuk memulangkan barang berkenaan atau membuat ganti rugi atas kehilangan barang berkenaan.

Semua itu boleh dibincangkan dengan saya jika pihak polis mahu.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising