Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, November 5, 2007

Malaysia minta AS luluskan senjata?


Tinggal beberapa hari lagi untuk ke Dataran Merdeka, 100,000 rakyat bersama Bersih 10 November ini, mengajak anda berfikir dan bertindak menjadikan negara Malaysia bersih dari kepincangan sistem demokrasi berparlimen dan mendesak empat tuntutan pilihanraya bersih ditunaikan kerajaan termasuk menghapuskan undi pos, celup jari pengundi dengan dakwat kekal, bersihkan senarai pengundi hantu dan satu desakan lain lagi.

Malaysia juga perlu mempunyai integriti sendiri tanpa rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, penindasan, kronisme, ketidakadilan undang-undang, jenayah, ketidaksetabilan ekonomi, merdeka dan tidak terkongkong di bawah ketiak Amerika Syarikat (AS).

Najib dilaporkan sebagai berkata, Malaysia sudah mendapat persetujuan dan kelulusan AS untuk menukar penggunaan Styer kepada Colt M4 Carbine. Ikuti laporan ini:

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pembelian senjata tempur untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Colt M4 Carbine menggantikan Steyr sudah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau difahamkan perkara itu sudah mendapat kelulusan, termasuk lesen untuk syarikat tempatan menghasilkannya di negara ini.

"Kita akan terima order secara CBU (siap pasang) kelak dan selepas itu akan buat dalam negeri. Kita juga mohon lesen untuk eksport kelak," katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara bertajuk "Malaysiaku Gemilang: Halatuju Sepanjang 50 Tahun Akan Datang" di sini.

Dalam sesi dialog yang diadakan sebelum itu, seorang anggota Kelab Umno Minessota, Amerika Syarikat, bertanyakan Najib mengapa kerajaan perlu membeli senjata itu dari Amerika dan tidak menghasilkannya sendiri selain apakah pelan pembangunan industri pertahanan negara ini.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata senjata tempur Steyr perlu digantikan dengan M4 Carbine kerana Steyr mempunyai masalah dari sudut perkembangan kajian dan pembangunan (R&D) yang terhad.

Katanya penggunaan M4 Carbine lebih serasi dan efektif berbanding Steyr dan ia membolehkan anggota tentera negara menjadi askar pada masa hadapan dengan dilengkapi peralatan senjata moden yang termasuk dalam perancangan Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata M4 Carbine juga mempunyai kapasiti tambahan untuk dilengkapi dengan peralatan lain.


Komen saya:
Membeli dan mengubah penggunaan senjata api angkatan tentera pun terpaksa minta kelulusan AS? Di mana letaknya maruah dan kemerdekaan negara kita?

Benar, mungkin di sana ada undang-undang antarabangsa yang membuat sekatan itu. Tetapi apa maknanya jika benar ada undang-undang antarbangsa berbuat demikian? Maknanya kita belum merdeka. kita masih dijajah oleh Barat (AS). Kita masih jadi anak penjajah kerana kita tidak boleh menentukan sendiri masa depan keselamatan negara kita. AS yang menentukan bukan kita.

Janganlah kita masih diperbodohkan dengan Umno yang bacul sebegitu rupa sehingga jelas berkiblatkan AS dalam soal ini.

Soalnya di mana kedaulatan kita jika kita tidak boleh menentukan apakah senjata, apakah bentuk kelengkapan senjata yang ingin kita pakai tanpa minta persetujuan dengan sesiapa dan negara besar mana pun?

Itukah makna kemerdekaan? Tidak ada guna teriakan merdeka...merdeka....merdeka... dilaungkan oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul RahmanPutra al-Haj 50 tahun lalu.

Di mana letaknya kemerdekaan kita? Cuba anda tanya hati kecil anda sendiri...

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising