Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, November 4, 2007

Penipu...penipu...penipu...



Ada ibu di ceruk dapor mengadu
harga barang naik, anak ramai,
pendapatan tak bertambah.

Aku terkedu melihat
nelayan tidur tengahari di pangkin
tepi Sungai Terengganu
kerana laut tak hasilkan ikan
seperti dulu.

Aku tersedu menjejaki
gobok buruk ibu tunggal
Pulau Duyong
di tepi taman sejarah
Pulau Wan Man
yang rakus untungnya
dibolot Petrick Badawi.

Tapi aku tergeli
merasakan rakyat masih
terpukau dakwaan
Idris Hadhari Gelombang Biru,
pembangunan depan mata, tiada halangan,
hanya peluang.

Apa peluang mereka?
halangan apa yang tiada?
Mak Cik Timah Tunggal masih berpelita
di gelita malam bersendirian, di Hulu Berang.

Sudahlah rakyat
jangan percaya lagi
hadhari gelombang biru
penipu...penipu...penipu

Rakyat tahu
untuk siapa projek Duyong,
masjid, taman sejarah
Pulau Wan Man.

Untuk Idris Hadhari dan Kru Petrick Badawi.

Jelas Umno main filem wayang.
Wayang kulit Idris Petrick Badawi

Rakyat tak usahlah
terpaku di tepi jendela
melopong dengar kompang pembangunan dipalu
mengembong perut puak Idris Petrick Badawi.

Kita kembali kepada asal usul kita
kepada Tuhan dan agama-Nya.

Kita tegakkan hukum agama di bumi ini.

Kuala Terengganu
7 November 2007

Tukar Parti Pemerintah


Keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara semakin dipertikaikan dan semakin lemah kerana parti itu tidak berupaya memberi keyakinan bahawa kepimpinan dan ketelusan pemerintahannya mendorong kehidupan rakyat ke arah masa depan yang lebih baik dari hari ini dan semalam.

Umno sebagai parti teras BN tidak berupaya membentuk keyakinan rakyat dalam membela nasib mereka dalam semua aspek.

Aspek ekonomi umpamanya, ternyata Umno gagal membentuk dan mewujudkan ekonomi yang tidak dipelopori oleh sekelompok manusia yang berkepentingan bukan rakyat ramai.

Ekonimi seharusnya diagih-agihkan kepada semua lapisan rakyat sehingga tidak ada kelompok rakyat yang terhimpit akibat ekonomi yang tidak setabil, merenggangkan golongan kaya dan miskin sekaligus menjadi rakyat miskin tertekan dengan masalah ketidaksetabilan itu.

Dalam erti kata lain, Umno masih tidak berupaya mewujudkan suasana ekonomi yang produktif dan kondusif sehingga apa sahaja aktiviti ekonomi rakyat, ia tersedia dengan sistem yang mendorong keuntungan dan laba memuaskan dan keupayaan membangunkan perniagaan dapat digerakkan dengan jayanya.

Oleh kerana korupsi menguasai dunia perniagaan dan politik, Umno terus gagal membentuk ketelusan dan kestabilan politik dan ekonomi dalam erti kata sebenarnya.

Sampailah masanya rakyat menukar parti pemerintah secara total. Umno tidak lagi layak memerintah negara pada waktu ini kerana kegagalan-kegagalan itu membelenggu dan membentuk sosio budaya dan ekonomi, tidak sihat atau songsang.

Ia hanya menambahkan lagi catatan pada kamus jenayah dan penjenayah dalam semua genre kehidupan.

Rakyat Malaysia semestinya bertindak cepat, tegas dan bijak sehingga penyingkiran Umno dari dunia politik Malaysia dapat dijayakan dengan segera.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising