Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, November 3, 2007

Khatam Hadhari Terengganu




Hari ini saya mahu menyentuh satu isu menarik berhubung dengan kepincangan Umno khususnya di negeri Terengganu.

Gambar di bawah adalah sebagai sandaran untuk membuktikan pembohongan Umno negeri itu.


Sebenarnya, apa yang dinamakan khatam al-Quran hanyalah sekadar pelajar tadika umur kira-kira 6 tahun baru boleh sebut bacaan al-Quran, tak tahu bila lagi tamat membaca al-Quran.

Jika sekadar boleh baca satu atau dua baris ayat al-Quran, bolehlah mereka dipanggil khatam hadhari yang Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush iktirafkan sebagai pelengkap misi munafiq menentang perjuangan Islam di negara ini.

Saya fikir, perlunya umat Islam dan rakyat negeri Terengganu khususnya sedar betapa dilarangnya seorang Islam itu berbohong dengan al-Quran.

Ini kerana ia adalah kalam Allah Yang Maha Suci. Janganlah kerana mahu raih sokongan politik orang Islam, sehingga sanggup membohongi al-Quran.

Pengalaman saya mengajar kanak-kanak membaca al-Quran, ia suatu yang perlu kepada masa. Bukan setahun sahaja malah bertahun-tahun untuk mereka mengenal huruf dan membimbing mereka sehingga tamat membacanya sebanyak 6,666 ayat.

Kemudian mereka boleh membacanya sendiri dengan makhraj, tajwid dan fasohah yang betul.

Bayangkan saya yang belajar aliran Arab dan berguru dengan ramai guru dalam bacaan al-Quran, memakan masa yang panjang agar mereka dapat membaca dengan betul sehingga tamat al-Quran.

Bagaimana guru al-Quran Tadika yang latar belakang agamanya dan sejarah perguruannya entah macam mana, boleh mengajar kanak-kanak membaca al-Quran dan khatam (tamat, istilah orang kampung di Terengganu) dengan cepat tak sampai dua tahun.

Itu semua bohong lebih bohong dari dakwaan pemimpin-pemimpin Umno kepada parti lawan bahawa PAS berbohong kepada rakyat dalam banyak perkara.
Ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar al-Quran, mengakui pembohongan itu.

Ini sebenarnya satu sikap hentam kromo Umno untuk tunjuk kepada rakyat Terenganu bahawa parti itu nak ke Islam juga walaupun tidak ada niat pun untuk melaksanakan Islam sebenarnya.

Parti yang berpura-pura nak ke Islam ialah Umno dan parti inilah sebenarnya perosak bangsa kerana gunakan Islam untuk kepentingan politiknya.

Tidak ada hasratpun Umno untuk melaksanakan Islam sejak dari dulu lagi. Kalau ada pun ia hanya untuk mengelabui mata rakyat agar orang Islam Malaysia terus menerus menyokong Barisan Nasional (BN).

Sampailah masanya rakyat Malaysia menolak Umno/BN secara total di masa hadapan kerana parti itu ternyata gagal memerintah negara dengan baik. Lihat PAS di Kelantan dan Terengganu. Cukup cemerlang memerintah negeri-negeri tersebut, tanpa rasuah dan tanpa pembaziran.

Rakyat selesa dan bahagia di samping kerajaan parti itu kerana parti berkenaan tahu apa yang patut dibuat untuk rakyat tidak seperti BN.

Guna duit rakyat untuk kayakan pemimpinnya seperti apa yang berlaku di Terengganu. Apa rakyat dapat dari projek Pulau Wan Man? Apa rakyat dapat dari Monsoon Cup? Sekadar boleh jual goreng pisang saja? Inikah pembangunan untuk rakyat? Pembangunan untuk rakyat ke pembangunan untuk kroni Umno dan pemimpin-pemimpinnya?

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising