Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, October 25, 2007

Jangan kotorkan politik

Salam sejahtera kepada semua peminat blog ini.

Permulaannya, saya berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama memberi saranan dan pandangan yang membina bagi melahirkan sebuah blog yang asalnya tidak menekan soal politik tetapi namanya politik.

Saya lebih suka untuk jadikan blog ini sebagai blog perniagan internet tetapi ia agak bercelaru kerana namanya blog politik: http://isupolitik.blogspot.com

Rakan perniagaan internet saya dari Johor, Abdul Rahman namanya menyarankan agar blog ini menjurus ke arah isu politik kerana memang saya agak serius meninjau dan mengkaji politik terutama dalam negara Malaysia sendiri.

Ini kerana kehidupan kita tidak boleh lari dari politik. Politik menentukan dasar perjalanan pentadbiran sesebuah negara, menentukan hala tuju budaya dan sosial rakyat dalam sesebuah negara itu.

Justeru, tidak wajar rakyat apa sahaja kedudukan dan tarafnya memandang enteng atau remeh terhadap isu politik atau perjalanan sistem politik dalam negara.

Politik itu mulia dan jangan kotorkan politik dengan menjadikan ianya sebagai batu loncatan untuk mengaut kekayaan secara salah atau merompak wang rakyat melalui kuasa politik yang diperolehi oleh parti dan individu pemimpin parti terbabit.

Politik bukan untuk mendapat habuan sementara atau bermusim sekadar RM200.00 sekali musim pilihan raya. "Parti yang bagi duit dia lah aku undi," ini rasuah namanya dan ia satu kesalahan yang besar di sisi agama.

Nabi bersabda yang bermasud, "orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah kedua-duanya dalam neraka."

Ini kerana kesalahan rasuah amat besar sehingga boleh merosakkan undang-undang dan pentadbiran negara.

Kebenaran dan keadilan tidak akan tertegak dalam sesebuah negara yang penuh dengan rasuah yang dilakukan oleh Perdana Menteri, anak-anak dan keluarganya serta juga menteri-menteri kabinet.

Jika bapak menteri perasuah jangan harap rakyat tidak jadi perasuah macam bapak menteri berkenaan kerana rakyat mengikut contoh tauladan menteri-menteri yang dilantik mereka melalui pilihan raya.

Jadi besar kesannya pengabaian tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya. Orang dan parti yang layak dipilih, tidak dipilih tetapi yang dipilih siapa yang bagi duit banyak kepadanya. Itu yang dipilih, "apa nak dibuat oleh parti itu ikut suka dialah, apa nak jadi kepada negara itu ikut pandailah. Orang kita pilih tu, bangsa kita juga."

Ini sikap bodoh yang perlu dibuang dari manusia yang mempunyai maruah dan harga diri. Manusia yang bermaruah dan punya harga diri tidak, izinkan parti dan pemimpin penipu, perasuah, rosak moral meneraju negara.

Apa yang berlaku, sudah cukup menjadi iktibar kepada semua orang dalam sesebuah negara itu, bagaimana negara mereka hancur akibat melantik pemimpin dan parti yang salah memerintah negara.

Kembalikan maruah diri dengan tidak lagi membenarkan parti dan pemimpin yang tidak bermaruah memimpin negara di masa-masa akan datang.

Kita mesti kembali kepada jati diri kita sendiri sebagai orang Islam dengan merujuk segala tindakan kita kepada agama kita, Tuhan yang menjadikan diri kita sebegitu cantik ini.

Apa Tuhan kata itulah yang kita ikut kerana Dia tahu apa yang patut dan tidak patut kita buat kerana Dia yang mencipta kita.

Kita bukan Amerika yang buat, Jepun yang buat. Kita bukan Made in England, US, Jepun, Korea, Rusia. Kita Made in Allah. Maka Tuhanlah yang menetukan apa yang sesuai untuk kita. Ini tidak, apa yang Tuhan buat untuk kita sama ada undang-undang baik, peraturan pentadbiran negara baik, dikatakan tidak sesuai lagi zaman sekarang. Ini apa jenis makhluk Tuhan ini?

Pengilang kereta Jepun lebih tahu apa yang perlu dan tidak perlu, apa yang sesuai dan tidak sesuai kepada kereta yang diciptanya berbanding orang lain.

Begitu juga kita manusia. Jangan memandai-mandai nak ikut kata orang lain dari Tuhan yang mencipta kita kerana orang lain tidak lebih mengetahui tentang kita dari Pencipta kita. Jangan cuba memandai-mandai nak lawan taukeh.

Akibatnya, lihat apa telah jadi kepada negara kita apabila manusia-manusia yang tidak sedar dirinya itu mengikut siapa merekacipta pentadbiran dan peraturan atau cara berpolitik lain dari apa yang Tuhan suruh.

Bahana dan bala menimpa negara, jenayah bertambah, maksiat bertambah, rasuah bermaharajela, sehingga nak tentukan perlantikan hakim pun kena tanya taukeh judi, bapak perasuah, teukeh-taukeh besar yang suka makan besar dalam negara.

Ini apa cerita ni. Ini apa sudah jadi ni? Ini letak dekat mana maruah seorang manusia ni? Ini apa corak pemerintahan ni? Ini siapa yang ajar ni? Tuhan ajar?

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising